TENTANG KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU









LATAR BELAKANG
Pada awal penubuhan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) Cawangan Terengganu, ianya dikenali sebagai Pusat Kemahiran Pertukangan MARA (PKPT MARA) yang telah ditubuhkan pada tahun 1973 beroperasi di Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu. Ketika itu, ianya di bawah kendalian MARA. Pada tahun 1976, PKPT MARA telah ditukar kepada Lembaga Kraftangan Malaysia.
Pada tanggal 01 Oktober 1979, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia telah ditubuhkan setelah terbentuknya Akta Parlimen 222 dan Akta A562 (Pindaan) 1983. Fungsi atau objektif penubuhan PKKM berdasarkan akta tersebut adalah ;
a. Memajukan dan di mana perlu menggiat dan memulihkan kemahiran dan ketukangan tradisional
b. Memajukan dan menggiat perkembangan serta memelihara standard, perusahaan kraftangan dengan berbagai cara termasuk mengadakan perkhidmatan penyelidikan, penasihat dan pengembang
c. Memandu, mengorientasi dan membantu tukang-tukang yang ada sekarang ke arah penggunaan cara-cara moden pengeluaran, pengurusan dan pemasaran
d. Mengawal, meningggikan dan memperbaiki kualiti dan menyenggara standard keluaran-keluaran kraftangan untuk pasaran-pasaran tempatan dan luar negeri
e. Memajukan pemasaran dan pengeksportan keluaran-keluaran kraftangan.
Pada 01 Januari 1983, lokasi jabatan telah berpindah ke pejabat baru iaitu di rumah kedai Chendering namun lokasi jabatan sekali ini lagi berpindah ke pejabat baru iaitu di Rusila, Marang pada 01 November 1985.
Pada 02 Oktober 1990, Unit Pentadbiran dan Kewangan PKKM Cawangan Terengganu telah berpindah ke kompleks milik PKKM sendiri iaitu di Kawasan Perindustrian Chendering. Kompleks ini telah mula dibina tahun 1989 di atas tapak tanah seluas 04 ekar menggunakan peruntukan RMK Ke-5 sebanyak RM 2.42 juta (pembinaan Fasa 1).
Pada tahun 1996, PKKM telah mengorak dasar baru dengan melaksanakan dasar penswastaan melalui penubuhan Strategic Business Unit (SBU) bagi penumpuan kepada keluaran dan pasaran produk kraf. Namun pada tahun 2000, peranan asal PKKM digerakkan semula dengan nama diubah kepada Pusat Pembangunan Kraf (PPK). Pada 18 April 2005, PKKM Caw. Terengganu diiktiraf sebagai Pusat Inovasi Kraf Tenunan Malaysia.
 BIDANG KRAF
  • Tekstil (Tenunan Songket dan Batik)
  • Logam (Tembaga)
  • Hasil Rimba (Ukiran Kayu dan Anyaman Mengkuang)

AKTIVITI UTAMA:
1) Penyelidikan dan Pembangunan (Tekstil, Logam dan Hasil Rimba)

Klik untuk besarkan peta



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...