Selasa, 28 Februari 2017

Sesi Kunjungan Dari Pengarah Penjara Marang Terengganu Ke Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu

                                    

                                    

Pada 27 Februari 2017, Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu telah menerima kunjungan daripada Pengarah Penjara Marang Negeri Terengganu bersama bersama beberapa orang pegawai yang terlibat.

Tujuan kunjungan ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi hubungan yang sedia terjalin diantara agensi kedua-dua belah pihak.

Penjara Marang Terengganu mempunyai bengkel pengeluaran songket tradisional sebagai salah satu aktiviti pengeluaran disana.

Semasa sesi kunjungan ini, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu berkesempatan menyerahkan Sijil Pematuhan Kualiti Songket MS1747 yang telah diperolehi oleh pihak mereka.

Pemberian sijil ini adalah kerana sampel kain songket yang dihantar oleh pihak Penjara Marang telahpun lulus serta melepasi tahap pengujian mutu Standard MS1747-1:2007 (Songket Malaysia).

Pengujian ini telah dijalankan di makmal Pengujian Tenunan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu.    
mni
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...