Rabu, 24 Mei 2017

Program Makmal Kemahiran Teknikal Pewarnaan & Kemasan Tikar Mengkuang Di Kg Pinang Merah, Paka Terengganu 2017

Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu telah mengadakan satu Program Makmal Kemahiran Teknikal Pewarnaan & Kemasan Tikar Mengkuang pada 14 hingga 18 Mei 2017 bertempat di Premis Usahawan Jendela Kraf yang terletak di Kg Pinang Merah, Paka Terengganu. Seramai 13 orang peserta telah menyertai program yang dianjurkan tersebut. Puan Kelsom Binti Abdullah yang juga merupakan bekas anggota kerja kraftangan PKKM Cawangan Terengganu telah dijemput sebagai tenaga pengajar mahir memberikan tunjuk ajak kepada semua peserta yang terlibat.




Ahad, 21 Mei 2017

Lawatan Pengarah Unit Pembangunan Usahawan Ibu Pejabat Ke Terengganu

Pada 16 dan 17 Mei 2017 yang lalu, Pengarah Unit Pembangunan usahawan Ibu Pejabat iaitu Puan Saadiah Binti Mat Dahri telah berkunjung ke Terengganu melakukan pemantauan serta lawatan ke Program Makmal Kemahiran Teknikal Pewarnaan dan Kemasan Tikar Mengkuang, di Kg Pinang Merah, Paka Terengganu. Bersempena lawatan ini juga, beliau telah sempat melakukan lawatan susulan ke beberapa premis usahawan kraf Terengganu seperti Syarikat Rumah Kraf Batik, Syarikat Noor Arfa Batik Sdn Bhd, Syarikat Desa Murni Sdn Bhd, Syarikat Manang Songket dan juga melawat Ke Booth Minggu PKS Peringkat Kebangsaan di Terengganu Trade Centre.  
   



Ahad, 14 Mei 2017

Perlawanan Bowling Berpasukan (Tertutup) Antara Kakitangan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu

Berikut gambar-gambar berkaitan aktiviti perlawanan bowling yang telah diadakan:
                                                                                                                                                                       


Selasa, 9 Mei 2017

Penyelarasan Pameran Produk & Jualan Sempena Promosi Warna-Warni Aidilfitri 2017

Pada 4 Mei 2017 telah diadakan satu sesi perjumpaan untuk tujuan penyelarasan dan perbincangan produk untuk tujuan pameran dan jualan bersempena Promosi Kraf Warna-Warni Aidilfitri 2017 yang akan berlangsung pada bulan ramadan yang bakal tiba. Sesi ini telah dihadiri oleh Pengarah Unit Rekaan Ibu Pejabat, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu, Usahawan serta pegawai yang berkaitan.   
 

Ahad, 7 Mei 2017

Majlis Tamat Latihan Jangka Pendek Pra Inkubator Blog Tembaga (Fasa 2) 2017

Pada 2 may 2017 telah diadakan majlis tamat Latihan Jangka Pendek Pra Inkubator Pengeluaran Blok Batik (fasa 2). 3 peserta yang terlibat selepas ini akan menjadi Inkubator di Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu dengan nama Syarikat Legaxy Art Craft dan 2 peserta yang lain pula akan menjadi Inkubator di Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor dengan nama Syarikat Aliyna Enterprise. Semoga semua peserta terus berjaya dalam bidang yang diceburi dan terus bergiat aktif sebagai usahawan di dalam industri kraf.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...