Ahad, 9 April 2017

Pemakluman Ahli Jawatan Kuasa Baru KSKKM Cawangan Terengganu sesi 2017/2019

Kelab Sukan & Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu telah mengalami perubahan kepimpinan Ahli Jawatan Kuasa melalui mesyuarat agong yang telah diadakan pada 2 April 2017 yang lalu. Melalui proses undian yang telah dijalankan, ahli jawatan kuasa KSKKM Sesi 2017/2019 adalah seperti berikut:

Pengerusi : Encik Sukri Bin Mamat

Naib Pengerusi & Biro Ekonomi : Cik Saihazra Izreen Binti Hamzah

Setiausaha : Puan Asfaziha Binti Ab Karim

Bendahari : Cik Sharipah Nazirah Binti Syed Mohamad

Biro Agama & Kebajikan : Tuan Hj Mohd Nasir Bin Chik

Biro Sukan & Publisiti : Encik Zamri Bin Mat Ali

mesyuarat pertama ajk kskkmct sesi 2017/2019
yang dipengerusikan oleh penasihat sedang memberikan amanat kepada barisan kepemimpinan baru 


Khamis, 9 Mac 2017

Perjumpaan Pengarah Bersama Anggota Kerja

Pada 1 mac 2017 yang lalu, telah diadakan perhimpunan bulanan diantara Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu bersama semua anggota kerja. 
Semasa sesi perhimpunan ini diadakan, Yang Berusaha Tuan Pengarah telah memberikan amanat dan pesanan kepada semua anggota kerja agar segala aktiviti yang direncanakan dapat berjalan dengan baik dan sempurna.
mni
 

Selasa, 28 Februari 2017

Sesi Kunjungan Dari Pengarah Penjara Marang Terengganu Ke Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu

                                    

                                    

Pada 27 Februari 2017, Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu telah menerima kunjungan daripada Pengarah Penjara Marang Negeri Terengganu bersama bersama beberapa orang pegawai yang terlibat.

Tujuan kunjungan ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi hubungan yang sedia terjalin diantara agensi kedua-dua belah pihak.

Penjara Marang Terengganu mempunyai bengkel pengeluaran songket tradisional sebagai salah satu aktiviti pengeluaran disana.

Semasa sesi kunjungan ini, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu berkesempatan menyerahkan Sijil Pematuhan Kualiti Songket MS1747 yang telah diperolehi oleh pihak mereka.

Pemberian sijil ini adalah kerana sampel kain songket yang dihantar oleh pihak Penjara Marang telahpun lulus serta melepasi tahap pengujian mutu Standard MS1747-1:2007 (Songket Malaysia).

Pengujian ini telah dijalankan di makmal Pengujian Tenunan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu.    
mni
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...