Khamis, 29 September 2016

Perginya Seorang Permata Adiguru Pembuatan Bot Tradisional Pulau Duyong,Terengganu

                                          1946 hingga 2016
Pada 17 September 2016 yang lalu, pencinta seni kraf kehilangan seorang penggiat seni pembuatan bot tradisional iaitu Encik Hasni Bin Ali dari Kampung Pulau Duyong. Beliau merupakan seorang adiguru kraf pembuatan bot tradisional yang telah dianugerahkan oleh Kraftangan Malaysia. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.
Al-Fatihah....... 
mni

Rabu, 28 September 2016

Promosi Kraf Malaysia 2016 - Mesra Mall, Kemasik, Kemaman

Promosi Kraf Malaysia
Kembali Lagi!

Pelbagai jenis barangan kraf dari seluruh Malaysia 
dijual dengan harga berpatutan.
29 September hingga 8 Oktober 2016.
10.00 pagi - 10.00 malam
MESRA MALL, KEMAMAN
Semua di jemput untuk memeriahkan promosi yang diadakan.
Beli Kraf Sokmo-Sokmo!
mni

Selasa, 27 September 2016

Majlis Sambutan Hari jadi Anggota Kerja Bagi Bulan Julai Hingga September 2016

KSKKM Cawangan Terengganu melalui biro kebajikan  telah mengadakan sambutan majlis hari jadi kepada anggota kerja yang menyambut hari kelahiran pada bulan Julai hingga September 2016. Anggota kerja yang terlibat memotong kek yang disediakan sebagai meraikan hari kelahiran mereka. Selamat Hari Lahir kepada semua terlibat.
mni

Ahad, 25 September 2016

Lawatan Bersempena Perkhemahan Jambori Pengakap Asean Kali ke-5 Negeri Terengganu

Pada 18 dan 19 September 2016, peserta-peserta Perkhemahan Jambori Pengakap Asean Kali ke-5 yang diadakan di Negeri Terengganu telah mengadakan lawatan ke premis Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu. Seramai 2,000 orang peserta telah mengikuti lawatan ini. Semasa sesi lawatan, mereka telah dibawa melihat demonstrasi kraf tenunan songket, demonstrasi kraf batik, demonstrasi kraf seramik dan demonstrasi kraf tembaga. Peserta lawatan juga telah dibawa melawat serta membeli belah di Galeri Craft Shoope PKKM Terengganu.
mni


Selasa, 20 September 2016

Perlawanan Dart Tertutup Berkumpulan KSKKM Cawangan Terengganu 2016

Bersempena penganjuran Sukan Kraftangan Malaysia yang bakal diadakan pada 13 hingga 16 Oktober 2016, KSKKMCT melalui biro sukan telah menganjurkan Perlawanan Dart Tertutup Berkumpulan di Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu pada selepas waktu bekerja. Objektif penganjuran ini bertujuan untuk menyuntik dan menaikkan semangat wakil-wakil kontinjen Terengganu sebelum perlawanan Sukan Kraftangan Malaysia di Perlis kelak. Ia juga bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara anggota kerja Kraftangan Terengganu. Peteh Tganu Peteh.......
mni

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...