Selasa, 31 Mei 2016

Pulangnya Ke Rahmatullah (Usahawan Tembaga - Abdul Rashid @ Mamat Bin Ibrahim)


Pada 28 Mei 2016 yang lalu, seorang pengusaha dan penggiat seni tembaga tradisional terengganu iaitu
Encik Abdul Rashid @ Mamat Bin Ibrahim telah di jemput ilahi pulang ke rahmatullah. 

Berumur 71 tahun dan meninggal dunia kerana sakit tua.

Beliau merupakan antara beberapa orang pengusaha tembaga yang masih aktif mempertahankan perusahaan pembuatan produk tembaga tradisional di negeri terengganu semasa hayatnya.

Pemergiannya merupakan kehilangan besar kepada penggiat seni dalam industri ini.
Salam takziah buat seluruh keluarga beliau dari
Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu 


Al-Fatihah

Semoga ditempatkan bersama orang yang beriman...  Amin
mni

Isnin, 30 Mei 2016

"Kursus MyBayar, Kursus Persys & Kursus Pentadbir Sistem Latihan Kraftangan" Untuk Kakitangan PKKM Terengganu Oleh Pegawai Unit Teknologi Maklumat Ibu Pejabat

Kursus MyBayar, Kursus Persys & Kursus Pentadbir Sistem Latihan Kraftangan  telah diadakan pada 24 hingga 26 Mei 2016  di Bilik Mesyuarat PKKM Terengganu. Kursus ini disampaikan oleh Pegawai Dari Unit Teknologi Maklumat Ibu Pejabat iaitu Encik Mohd Hafiz Bin Sabri.

Objektif kursus ini bagi memberi penerangan dan pemahaman kepada anggota kerja yang terlibat tentang kaedah dan cara pengendalian yang betul tentang sistem tersebut agar dapat dikendalikan diperingkat cawangan.
mni

             


Ahad, 29 Mei 2016

Makmal Pengeluaran Produk Baru Batik Teknik Shibori & Native Art (23 Hingga 25 Mei 2016)

Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu baru sahaja selesai mengadakan Makmal Pengeluaran Produk Baru Batik Teknik Shibori & Native Art.

Makmal ini telah diadakan selama 3 hari bertempat di Bengkel Pencelupan Batik Kraftangan Terengganu.

Seramai 11 orang peserta telah berjaya mengikuti makmal yang telah diadakan tersebut.
Makmal telah diakhiri dengan majlis penutup dan pemberian sijil kepada semua peserta yang terlibat.

Semasa berucap di majlis penutup, Yang Berusaha Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu berharap agar segala ilmu yang telah ditimba oleh semua peserta akan dapat digunakan dalam pengeluaran produk batik peserta pada masa depan agar teknik tersebut akan dapat dikembangkan lagi.
mni
       
        




Khamis, 26 Mei 2016

Lawatan Timbalan Ketua Pengarah Mara Ke Syarikat Desa Murni Batik, Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu

Syarikat Desa Murni Batik di Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu telah menerima rombongan lawatan dari Timbalan Ketua Pengarah Mara pada 24 Mei 2016 bersempena program 'Creating Fashion Ecosystem' anjuran MARA.

Semasa lawatan ini diadakan, Yang berusaha Pengarah Kratangan Malaysia Cawangan Terengganu juga telah ikut serta mengiringi rombongan lawatan berkenaan.

Selasa, 24 Mei 2016

Program Pendidikan Kraf Mewarna Batik & Aneka Kraf Bersama Murid Taska Permata Keluarga Ajil, Hulu Terengganu

                       

24 Mei 2016 (Selasa) - Program Pendidikan Kraf Mewarna Batik & Aneka Kraf telah diadakan bersama-sama murid dari Taska Permata Keluarga Ajil, Hulu Terengganu.

Seramai 30 orang murid telah terlibat dalam aktiviti yang dijalankan ini.

Program yang dianjurkan ini bertujuan memupuk rasa minat dikalangan kanak-kanak tentang bidang kraf seawal usia muda.
                             

Khamis, 19 Mei 2016

Kolokium Penjanaan Pendapatan Berorientasikan Kraftangan Komuniti Orang Asli Sungai Berua 2016 di Universiti Malaysia Terengganu


18 Mei 2016 (Rabu)- Satu Majlis Kolokium Penjanaan Pendapatan Berorientasikan Kraftangan Komuniti Orang Asli Sungai Berua 2016 telah diadakan di Auditorium Mahyuddin, Universiti Malaysia Terengganu.

Program pemindahan ilmu ini diadakan untuk perkongsian input dan maklumat berkaitan pembuatan kraftangan kepada komuniti orang asli dalam mengkomersilkan produk-produk mereka ke pasaran tempatan dan antarabangsa

Program ini melibatkan agensi dari Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Terengganu, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
   



Rabu, 18 Mei 2016

Aktiviti Gotong Royong Penyediaan Tempat Sempena Makmal Pengeluaran Produk Baru Batik Teknik Shibori & Native Art Yang Bakal Diadakan Pada 23 hingga 25 mei 2016

 

 

17 Mei 2016

Satu aktiviti gotong royong telah diadakan untuk menyelaras dan menyediakan tempat program Makmal Produk Baru Batik Teknik Shibori & Native Art yang bakal diadakan pada 23 hingga 25 Mei 2016.


Selasa, 17 Mei 2016

Upacara Pengundian Kumpulan Untuk Pertandingan Bowling Tertutup KSKKMCT

Pada 16 Mei 2016 (Isnin) telah diadakan acara pengundian kumpulan untuk Pertandingan Bowling Tertutup KSKKM Cawangan Terengganu telah diadakan bagi menentukan ahli kumpulan masing-masing.
Kumpulan ditentukan dengan cara cabutan undi nombor. Lapan kumpulan akan berentap dalam pertandingan bowling yang akan diadakan tersebut dengan keanggotaan 4 orang sekumpulan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...