Isnin, 20 April 2015

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2015 DI MESRA MALL, KEMASIK, KEMAMAN

Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu akan menganjurkan Promosi Kraf Malaysia 2015 di Pusat Membeli – Belah Mesra Mall, Kemasik, Kemaman, Terengganu bermula pada 30 April hingga 9 Mei 2015 selama 10 hari. Acara promosi ini dibuka kepada orang ramai dan para pengunjung Pusat Membeli-Belah Mesra Mall mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam yang akan berlangsung di Centre Court, North dan South Wing Mesra Mall.

Majlis sidang media akan diadakan pada 5 Mei 2015 (Selasa) bermula jam 12.00 tengahari dan akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Haji Wan Abdul Hakim Bin Wan Mokhtar, Timbalan Exco Pelancongan & Kebudayaan Negeri Terengganu. Majlis ini akan dihadiri oleh Encik Mohd Latif Bin Dirun, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu dan tetamu – tetamu undangan dari Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia Negeri Terengganu dan Kerajaan Negeri Terengganu.

Penganjuran program ini bertujuan mempromosikan produk kraf tempatan bagi memenuhi pasaran domestik. Malah kunjungan pelancong dari luar negara turut berpeluang melihat keunikan dan keindahan produk kraf tempatan yang dianjurkan di lokasi pusat membeli - belah tumpuan ramai ini. Promosi seperti ini juga memberikan peluang kerjaya kepada usahawan-usahawan muda, selain mampu menjana pendapatan yang lumayan.

Aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sepanjang Promosi Kraf Malaysia 2015 – Terengganu adalah seperti JUALAN KRAF oleh 60 usahawan daripada bidang tekstil, seramik, logam, hasil rimba dan aneka kraf serta DEMONSTRASI KRAF Sempoton dan Sape, masing – masing dari Negeri Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu juga, Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu akan mengadakan PAMERAN dan JUALAN PRODUK KRAF TERBARU 2015  dari pelbagai bidang kraf serta akan mengetengahkan produk BATIK REKACORAK KONTEMPORARI menggunakan TEKNIK BLOK dan DISCAJ sempena promosi ini. Produk Batik Blok Discaj ini adalah dibuat oleh usahawan – usahawan dari Negeri Terengganu yang akan menampilkan rekacorak – rekacorak baru yang menarik, sesuai untuk menarik perhatian semua golongan termasuk golongan muda.


Banner Hebahan 


Bunting

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...