Rabu, 10 September 2014

PROMOSI KRAF MALAYSIA CHUKAI, KEMAMAN 2014 TELAHPUN SELESAI DAN DILANGSUNGKAN DENGAN JAYANYA

Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu telahpun selesai berjaya menganjurkan Promosi Kraf Malaysia One Ganu 2014 sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-57, bermula pada 21 - 30 Ogos 2014 (10 hari) mulai jam 10.30 pagi - 10.30 malam bertempat di Tapak Karnival Jalan Padang, Bandar Chukai Kemaman Terengganu.

Promosi ini diadakan dengan tujuan mempromosikan produk kraf tempatan bagi memenuhi pasaran domestik di lokasi tumpuan ramai. Promosi ini juga merupakan usaha mengetengahkan produk kraf kebanggaan negara sempena meraikan Hari Kemerdekaan negara yang ke-57.

Aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang promosi ini adalah seperti JUALAN oleh 83 usahawan daripada bidang kraf tekstil, seramik, logam, hasil rimba,  dan aneka kraf, DEMONSTRASI KRAF oleh 8 juru demo, DEMONSTRASI MASAKAN kuih tradisional oleh 3 juru demo, PENDIDIKAN KRAF yang melibatkan para pelajar sekolah serta orang ramai serta PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN yang menampilkan identiti dan budaya Negeri Terengganu. Terdapat juga gerai jualan makanan dan minuman yang dibuka untuk orang ramai menjamu selera sambil membeli – belah.

Majlis Sidang Media Sempena Promosi Kraf Malaysia One Ganu 2014 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu pada 25 Ogos 2014 (Isnin), jam 12.00 tengahari. Majlis ini dihadiri oleh Encik Mohd Latiff bin Dirun, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu, pegawai – pegawai dari Kementerian Pelancongan & Kebudayaan (MOTAC) Negeri Terengganu, wakil – wakil jabatan dan agensi dari Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta tetamu – tetamu jemputan dari pihak NGO

TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PEGAWAI SERTA ANGGOTA KERJA YANG BERTUNGKUS-LUMUS MENJAYAKAN PROGRAM YANG DIANJURKAN. SEGALA PELAT LELAH ANDA AMAT DIHARGAI OLEH PENGURUSAN PKKM TERENGGANU. -mni 

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...