Khamis, 14 Ogos 2014

PROMOSI KRAF MALAYSIA ONE GANU 2014 DI PADANG ASTAKA, CHUKAI, KEMAMAN PADA 21 HINGGA 30 OGOS 2014

PIHAK KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU MENJEMPUT SEMUA UNTUK HADIR DAN MEMERIAHKAN LAGI PROMOSI YANG DI ANJURKAN. PELBAGAI ACARA DISEDIAKAN

PAKAT MARI RAMAI-RAMAI WEI..... 

RUGI DOK MARI BOH

TENGOK GOK  BAWOH TU MACANG-MACANG ADER!


mni

MAJLIS PRE PROMO BERSEMPENA PROMOSI KRAF MALAYSIA CHUKAI, KEMAMAN

Pada 13 Ogos 2014, Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu telah mengadakan Majlis Pre Promo Promosi Kraf Malaysia 2014 One Ganu bertujuan mewar-warkan kepada media berkenaan aktiviti promosi kraftangan yang akan diadakan di Padang Astaka, Chukai Kemaman pada 21 Ogos hingga 30 Ogos 2014. Majlis Pre promo ini  telah dihadiri oleh Pengerusi Pelancongan Negeri Terengganu iaitu Tun Baharum Bin Tun Abd Razak beserta ahli jawatakuasa pelancongan yang lain dan agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Majlis ini juga diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan Kraftangan Malaysia dan Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu dalam bekerjasama untuk tujuan mempromosi dan membawa pelancong dari dalam dan luar negeri Terengganu agar dapat berkunjung ke premis kraftangan bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Semasa majlis ini dijalankan tetamu di bawa melawat ke Galeri jualan kraf (Craft Choppe), inkubator kraf, interaktif kraf, demonstrasi kraf dan demonstrasi masakan menggunakan periuk tembaga. -mni










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...