Selasa, 12 November 2013

MAJLIS MENANDATANGAN DAN PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN ADIGURU KRAF 2013 DI KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 12 NOVEMBER 2013 – Bahagian Pemuliharaan Kraf Ibu Pejabat Kraftangan Malaysia telah mengadakan Majlis Menandatangan Dan Penyerahan Watikah Pelantikan Adiguru Kraf 2013. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Mohd Kamil Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia bertempat di Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu.

Terdahulu menyambut kehadiran tetamu kehormat ialah Encik Mohd Latif Dirun, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu dan Encik Zainal Abidin Che Pa, Pengarah Bahagian Pemuliharaan Kraftangan Malaysia (Ibu Pejabat).

Pada majlis ini, seorang usahawan kraf pembuatan bot tradisional dari Negeri Terengganu telah diberikan penghormatan dan dilantik sebagai Adiguru Kraf bagi tahun 2013 iaitu Encik Hasni bin Ali. Encik Hasni yang juga lebih mesra dengan panggilan Pak Hasan, adalah merupakan seorang usahawan kraf dari Kampung Duyong Besar, Kuala Terengganu yang sudah 25 tahun bergiat aktif dalam pembuatan bot tradisional.

Perlantikan Adiguru Kraf diberikan kepada pengusaha kraf tempatan yang berkemahiran tinggi dan memberikan sumbangan yang besar dalam membangun dan mengembangkan seni kraf negara. Bagi tujuan tersebut, Adiguru Kraf yang dilantik akan memainkan peranan sebagai pakar rujuk dan menjadi tenaga pengajar kepada Kraftangan Malaysia dengan mencurahkan pengalaman serta kepakaran masing-masing kepada kumpulan pelapis.

Melalui perlaksanaan Skim Adiguru Kraf ini, setiap Adiguru Kraf yang dilantik akan diberikan penghargaan berbentuk watikah pelantikan, wang ganjaran berjumlah RM5,000.00 dan elaun bulanan RM500.00 sebulan selama tempoh lantikan 5 tahun.

Yang Berbahagia Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia
semasa meyampaikan ucapan aluan

Yang Berbahagia Ketua Pengarah semasa sesi menandatangani
watikah pelantikan adiguru

Sesi Penyerahan Watikah Pelantikan Adiguru Kraf 2013 dan cek
 kepada Encik Hasni oleh Yang Berbahagia Ketua Pengarah

Sesi Penyerahan Watikah

Sesi Penyampaian Cenderahati Oleh Pengarah Cawangan Terengganu
 kepada Yang Berbahagia Ketua Pengarah

Yang Berbahagia Ketua Pengarah sedang meneliti profil Adiguru Kraf 2013
bersama-sama Pengarah Bahagian Pemuliharaan, Pengarah Cawangan Terengganu
 dan Encik Hasni

Sesi Jamuan Makan Tengahari sempena Majlis Watikah Pelantikan Adiguru 2013

Yang Berbahagia Ketua Pengarah bersama Encik Hasni semasa Sidang Media

Para wartawan sedang menemubual Yang Berbahagia Ketua Pengarah
 dan Encik Hasni semasa Sidang Media diadakan

Encik Hasni sedang ditemubual oleh wartawan RTM

sky

Rabu, 6 November 2013

MAJLIS PERPISAHAN SEMPENA PERPINDAHAN PENGARAH KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU KE BAHAGIAN REKAAN IBU PEJABAT

Tarikh             : 24 Oktober 2013 (Khamis)
Masa              : 11.30 pagi
Tempat           : Dewan Blok G, PKKM Cawangan Terengganu

Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu telah mengadakan satu Majlis Perpisahan Sempena Perpindahan Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu, Yang Berusaha Encik Khairul Hafizi Bin Naharuddin, ke Bahagian Rekaan Ibu pejabat Kraftangan Malaysia. Beliau telah berkhidmat di Cawangan Terengganu selama genap 2 tahun. Kekosongan jawatan pengarah ini akan diisi oleh Yang Berusaha Encik Mohd Latif Bin Dirun, bekas Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah. Majlis ini telah dihadiri oleh semua pegawai dan anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu serta usahawan-usahawan inkubator.

Di dalam majlis tersebut. Yang Berusaha Encik Khairul Hafizi telah menyampaikan beberapa nasihat dan amanat, di antaranya dengan menasihati pegawai-pegawai dan semua warga Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu, agar terus menyumbangkan tenaga dan usaha yang gigih dalam melaksanakan segala kerja dan program yang telah dirancangkan. Selain itu, beliau juga menyarankan agar semua anggota kerja, menambahbaik ilmu pengetahuan terutama di dalam bidang tugasan yang telah diamanahkan.

Majlis turut diserikan dengan Persembahan “Slide Show Kenangan Bersama Yang Berusaha Encik Khairul Hafizi” dan penyampaian cenderahati dari Ketua-ketua Unit sebagai tanda peringatan dan penghargaan di atas tunjuk ajar dan kepimpinan Yang Berusaha Encik Khairul Hafizi sepanjang berkhidmat di Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu.























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...