Khamis, 6 Jun 2013

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2013 DI PUSAT MEMBELI-BELAH MESRA MALL, KEMAMAN, TERENGGANU

KEMAMAN, 29 Mei - Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu telah menganjurkan Promosi Kraf Malaysia di Pusat Membeli-belah Mesra Mall, Kerteh, yang telah berlangsung pada 17 hingga 27 Mei 2013.

Sebanyak 47 pengusaha kraf telah menyertai program promosi yang berlangsung selama 11 hari ini. Daripada 47 penyertaan tersebut, sebanyak 22 usahawan kraf dari negeri Terengganu manakala selebihnya adalah disertai oleh usahawan kraf dari negeri-negeri lain seperti Kelantan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Sabah serta Sarawak yang terdiri daripada bidang kraf seperti batik, songket, logam, seramik dan aneka kraf. Selama 11 hari program ini berlangsung, jumlah hasil jualan produk kraf yang telah dicatatkan adalah sebanyak RM 769,594.30, melepasi jumlah yang telah disasarkan iaitu sebanyak RM 325,000.00.

Selain daripada jualan produk kraf, aktiviti pengisian lain seperti pendidikan kraf dan persembahan kebudayaan turut diadakan. Aktiviti pendidikan kraf ini telah melibatkan aktiviti mencanting dan mewarna batik, ukiran kayu dan membuat kotak cenderahati yang telah yang disertai oleh pelajar – pelajar daripada sekolah – sekolah yang telah dijemput dan juga penyertaan yang dibuka kepada orang ramai. Di samping itu, aktiviti demonstrasi kraf anyaman oleh usahawan anyaman dari Terengganu turut diadakan. Demonstrasi ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung yang datang malahan ada yang turut cuba melakukan teknik anyaman sambil diselia oleh usahawan yang terlibat.

 Persembahan kebudayaan pula dikelolakan oleh D’ Shine Group Kemaman. Di antara tarian – tarian yang telah dipersembahkan adalah seperti Tarian Selamat Datang, Tarian Gamelan, Tarian Joget Terengganu, Tarian Rodat, Tarian Ulik Mayang, Tarian Zapin dan sebagainya. Persembahan nyanyian oleh penyanyi tempatan turut diadakan.

Majlis Mini Pelancaran Program Promosi Kraf Malaysia di Mesra Mall ini telah diadakan pada 18 Mei 2013, jam 11.00 pagi. Pada majlis, pihak penganjur telah mengadakan gimik pelancaran iaitu aktiviti mewarna batik secara beramai – ramai yang telah disertai oleh Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu, Encik Khairul Hafizi Naharuddin, Puan Salmiza Jamal, Wakil Pengurusan Mesra Mall serta para usahawan yang terlibat dalam jualan kraf pada promosi di Mesra Mall kali ini.

Persembahan Tarian Selamat Datang Sempena Mini Pelancaran Promosi Kraf di Mesra Mall

Gimik Pelancaran iaitu aktiviti mewarna batik telah disempurnakan oleh
Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu
dan Puan Salmiza daripada Mesra Mall

Usahawan yang terlibat bersama-sama mewarna
atik sempena gimik pelancaran

Penyampaian cenderahati oleh Encik Khairul Hafizi kepada
Puan Salmiza selaku wakil Pengurusan Mesra Mall 
 
Aktiviti Mewarna batik yang terbuka kepada pengunjung Mesra Mall untuk mencuba


Aktiviti Kraf Ukiran Kayu turut diadakan


Pelajar-pelajar sekolah yang hadir untuk aktiviti pendidikan kraf mewarna batik

Booth-booth jualan kraf 

Booth-booth jualan kraf 

Demonstrasi Kraf Anyaman 

Para pengunjung Mesra Mall yang hadir dan turut mencuba untuk mewarna batik.



          PKKM CT


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...