Rabu, 27 Februari 2013

PROGRAM KENALI JIRAN KITA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

       
         Pada 22 Februari yang lalu Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu telah menyertai Program Kenali Jiran Kita Peringkat Negeri Terengganu yang telah diadakan di kawasan Perumahan Flat Bukit Kecil Kuala Terengganu. Program ini bertujuan untuk melahirkan amalan dan budaya hormat-menghormati dan berbudi bahasa dalam kehidupan berjiran serta mengeratkan lagi semangat kejiranan yang secara tidak langsung dapat mewujudkan semangat bantu-membantu dalam mengurangkan kadar jenayah.

         Kraftangan Malaysia selaku agensi yang bernaung dibawah Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan telah turut serta mengadakan program Pendidikan Kraf Mencanting Batik untuk memberikan pendedahan kepada penduduk setempat tentang cara-cara mencanting batik agar dapat memupuk minat minat masyarakat kepada kraftangan.


  mni
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...