Rabu, 23 Januari 2013

MAJLIS PERJUMPAAN YANG BERHORMAT DATO' SERI UTAMA DR. RAIS YATIM MENTERI PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN BERSAMA PERSATUAN PENGGIAT SENI UKIR KAYU MALAYSIA SEMPENA LAWATAN YB MENTERI KE BAKAWALI SARI WARISAN, KG RAJA, BESUT, TERENGGANU.

Tarikh: 17 Januari 2013 (Khamis)
Masa: 12.30 tengahari hingga 3.15 petang


Pada 17 Januari 2013 (Khamis), Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais Bin Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan telah mengadakan satu lawatan kerja beliau ke Bengkel Bakawali Sari Warisan yang terletak di Kampung Raja, Besut, Terengganu. Semasa lawatan ini, Yang Berhormat Dato' Seri telah diiringi oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) KPKK, Yang Berbahagia Datuk Hj. Abdul Ghaffar Bin A.Thambi serta Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Yang Berbahagia Encik Mohd Kamil Bin Mohd Ali.

Kira - kira 150 orang tetamu jemputan yang terdiri daripada ahli - ahli persatuan, usahawan - usahawan kayu dari negeri Terengganu, Ketua - ketua Jabatan dan Agensi serta pegawai - pegawai di bawah KPKK Negeri Terengganu dan Kelantan telah hadir di dalam majlis ini. 

Sepanjang berada Bakawali Sari Warisan, Yang Berhormat Dato' Seri telah disambut dan diberikan penerangan mengenai perkembangan persatuan  seni ukiran kayu  oleh pemilik Syarikat Bakawali Sari Warisan Sdn. Bhd. iaitu Encik Norhaiza Nordin yang juga selaku Yang DiPertua Persatuan Seni Ukir Kayu Malaysia. Sepanjang perjumpaan ini, Encik Norhaiza telah membawa Yang Berhormat Dato' Seri melawat ke sekitar premis syarikat beliau seperti Galeri Jualan & Pejabat, Bengkel Kerja, Ruang Demo Ukiran serta Galeri Koleksi Peribadi Encik Norhaiza sendiri.

Kemudian, pada jam 2.15 petang, satu Majlis Perjumpaan di antara Yang Berhormat Dato' Seri bersama Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi KPKK dari Negeri Terengganu dan Kelantan turut diadakan di sini. 

Pada jam 3.15 petang, Yang Berhormat Dato' Seri telah bertolak ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu  untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.


Encik Norhaiza memberikan penerangan mengenai produk ukiran yang dihasilkan
kepada Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim
Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim bersama - sama Encik Norhaiza  serta
Setiausaha Persatuan semasa  lawatan di Bengkel Kayu Bakawali  Sari Warisan
Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim melihat kerja -kerja pertukangan
kayu  yang dijalankan di  Bengkel Kayu Bakawali Sari Warisan
Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim berjalan bersama Yang Berbahagia
TKSU (Kebudayaan)  serta Yang Berbahagia Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia
 semasa lawatan beliau
Gambar kenangan Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim bersama
Ahli-Ahli Jawatankuasa Persatuan Seni Ukir Kayu Malaysia
Gambar kenangan Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim bersama
Jawatankuasa Pengurusan KPKK Peringkat Negeri Terengganu 
Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim sempat beramah mesra bersama
salah seorang usahawan kayu dari Terengganu
Coretan kenangan daripada Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim
di Buku Pelawat Bakawali Sari Warisan


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...