Selasa, 12 November 2013

MAJLIS MENANDATANGAN DAN PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN ADIGURU KRAF 2013 DI KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 12 NOVEMBER 2013 – Bahagian Pemuliharaan Kraf Ibu Pejabat Kraftangan Malaysia telah mengadakan Majlis Menandatangan Dan Penyerahan Watikah Pelantikan Adiguru Kraf 2013. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Mohd Kamil Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia bertempat di Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu.

Terdahulu menyambut kehadiran tetamu kehormat ialah Encik Mohd Latif Dirun, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu dan Encik Zainal Abidin Che Pa, Pengarah Bahagian Pemuliharaan Kraftangan Malaysia (Ibu Pejabat).

Pada majlis ini, seorang usahawan kraf pembuatan bot tradisional dari Negeri Terengganu telah diberikan penghormatan dan dilantik sebagai Adiguru Kraf bagi tahun 2013 iaitu Encik Hasni bin Ali. Encik Hasni yang juga lebih mesra dengan panggilan Pak Hasan, adalah merupakan seorang usahawan kraf dari Kampung Duyong Besar, Kuala Terengganu yang sudah 25 tahun bergiat aktif dalam pembuatan bot tradisional.

Perlantikan Adiguru Kraf diberikan kepada pengusaha kraf tempatan yang berkemahiran tinggi dan memberikan sumbangan yang besar dalam membangun dan mengembangkan seni kraf negara. Bagi tujuan tersebut, Adiguru Kraf yang dilantik akan memainkan peranan sebagai pakar rujuk dan menjadi tenaga pengajar kepada Kraftangan Malaysia dengan mencurahkan pengalaman serta kepakaran masing-masing kepada kumpulan pelapis.

Melalui perlaksanaan Skim Adiguru Kraf ini, setiap Adiguru Kraf yang dilantik akan diberikan penghargaan berbentuk watikah pelantikan, wang ganjaran berjumlah RM5,000.00 dan elaun bulanan RM500.00 sebulan selama tempoh lantikan 5 tahun.

Yang Berbahagia Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia
semasa meyampaikan ucapan aluan

Yang Berbahagia Ketua Pengarah semasa sesi menandatangani
watikah pelantikan adiguru

Sesi Penyerahan Watikah Pelantikan Adiguru Kraf 2013 dan cek
 kepada Encik Hasni oleh Yang Berbahagia Ketua Pengarah

Sesi Penyerahan Watikah

Sesi Penyampaian Cenderahati Oleh Pengarah Cawangan Terengganu
 kepada Yang Berbahagia Ketua Pengarah

Yang Berbahagia Ketua Pengarah sedang meneliti profil Adiguru Kraf 2013
bersama-sama Pengarah Bahagian Pemuliharaan, Pengarah Cawangan Terengganu
 dan Encik Hasni

Sesi Jamuan Makan Tengahari sempena Majlis Watikah Pelantikan Adiguru 2013

Yang Berbahagia Ketua Pengarah bersama Encik Hasni semasa Sidang Media

Para wartawan sedang menemubual Yang Berbahagia Ketua Pengarah
 dan Encik Hasni semasa Sidang Media diadakan

Encik Hasni sedang ditemubual oleh wartawan RTM

sky

Rabu, 6 November 2013

MAJLIS PERPISAHAN SEMPENA PERPINDAHAN PENGARAH KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU KE BAHAGIAN REKAAN IBU PEJABAT

Tarikh             : 24 Oktober 2013 (Khamis)
Masa              : 11.30 pagi
Tempat           : Dewan Blok G, PKKM Cawangan Terengganu

Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu telah mengadakan satu Majlis Perpisahan Sempena Perpindahan Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu, Yang Berusaha Encik Khairul Hafizi Bin Naharuddin, ke Bahagian Rekaan Ibu pejabat Kraftangan Malaysia. Beliau telah berkhidmat di Cawangan Terengganu selama genap 2 tahun. Kekosongan jawatan pengarah ini akan diisi oleh Yang Berusaha Encik Mohd Latif Bin Dirun, bekas Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah. Majlis ini telah dihadiri oleh semua pegawai dan anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu serta usahawan-usahawan inkubator.

Di dalam majlis tersebut. Yang Berusaha Encik Khairul Hafizi telah menyampaikan beberapa nasihat dan amanat, di antaranya dengan menasihati pegawai-pegawai dan semua warga Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu, agar terus menyumbangkan tenaga dan usaha yang gigih dalam melaksanakan segala kerja dan program yang telah dirancangkan. Selain itu, beliau juga menyarankan agar semua anggota kerja, menambahbaik ilmu pengetahuan terutama di dalam bidang tugasan yang telah diamanahkan.

Majlis turut diserikan dengan Persembahan “Slide Show Kenangan Bersama Yang Berusaha Encik Khairul Hafizi” dan penyampaian cenderahati dari Ketua-ketua Unit sebagai tanda peringatan dan penghargaan di atas tunjuk ajar dan kepimpinan Yang Berusaha Encik Khairul Hafizi sepanjang berkhidmat di Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu.























Khamis, 12 September 2013

LAWATAN KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI ALMARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH KE PULAU DUYONG, TERENGGANU


Tarikh : 1 September 2013

Masa: 2.00 hingga 3.30 petang

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin telah berkenan mencemar duli bagi melawat Kapal Layar Pinis milik Kraftangan Malaysia di Bengkel Perusahaan Bot Pulau Duyong pada 1 September 2013 yang lalu. Dalam lawatan tidak rasmi ini, baginda telah membawa bersama Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Permaisuri, Tuanku Nur Zahirah, Raja Muda Tengku Muhammad Ismail dan beberapa orang ahli keluarga baginda yang lain.

Rombongan baginda telah tiba dengan menaiki bot penambang dan diiringi oleh wakil syarikat konsultan yang telah dilantik oleh pihak Yayasan DiRaja Sultan Mizan. Kapal ini telah mula dibina oleh Encik Hasni Bin Ali pada tahun 2007 dan telah siap sepenuhnya pada Februari tahun ini.

Ketibaan baginda telah disambut dan diberikan taklimat berkaitan pembinaan kapal tersebut oleh Yang Berusaha Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu iaitu Encik Khairul Hafizi Bin Naharuddin berserta beberapa pegawai Kraftangan yang lain.

Secara peribadinya, baginda amat berminat dan berharap agar kapal layar milik Kraftangan Malaysia tersebut akan dapat digunakan sepenuhnya memandangkan ia telah dibina dengan kos hampir mencecah RM 2 juta. Baginda turut sudi untuk mencemar duli untuk belayar bersama kapal tersebut pada masa akan datang.








Khamis, 6 Jun 2013

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2013 DI PUSAT MEMBELI-BELAH MESRA MALL, KEMAMAN, TERENGGANU

KEMAMAN, 29 Mei - Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu telah menganjurkan Promosi Kraf Malaysia di Pusat Membeli-belah Mesra Mall, Kerteh, yang telah berlangsung pada 17 hingga 27 Mei 2013.

Sebanyak 47 pengusaha kraf telah menyertai program promosi yang berlangsung selama 11 hari ini. Daripada 47 penyertaan tersebut, sebanyak 22 usahawan kraf dari negeri Terengganu manakala selebihnya adalah disertai oleh usahawan kraf dari negeri-negeri lain seperti Kelantan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Sabah serta Sarawak yang terdiri daripada bidang kraf seperti batik, songket, logam, seramik dan aneka kraf. Selama 11 hari program ini berlangsung, jumlah hasil jualan produk kraf yang telah dicatatkan adalah sebanyak RM 769,594.30, melepasi jumlah yang telah disasarkan iaitu sebanyak RM 325,000.00.

Selain daripada jualan produk kraf, aktiviti pengisian lain seperti pendidikan kraf dan persembahan kebudayaan turut diadakan. Aktiviti pendidikan kraf ini telah melibatkan aktiviti mencanting dan mewarna batik, ukiran kayu dan membuat kotak cenderahati yang telah yang disertai oleh pelajar – pelajar daripada sekolah – sekolah yang telah dijemput dan juga penyertaan yang dibuka kepada orang ramai. Di samping itu, aktiviti demonstrasi kraf anyaman oleh usahawan anyaman dari Terengganu turut diadakan. Demonstrasi ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung yang datang malahan ada yang turut cuba melakukan teknik anyaman sambil diselia oleh usahawan yang terlibat.

 Persembahan kebudayaan pula dikelolakan oleh D’ Shine Group Kemaman. Di antara tarian – tarian yang telah dipersembahkan adalah seperti Tarian Selamat Datang, Tarian Gamelan, Tarian Joget Terengganu, Tarian Rodat, Tarian Ulik Mayang, Tarian Zapin dan sebagainya. Persembahan nyanyian oleh penyanyi tempatan turut diadakan.

Majlis Mini Pelancaran Program Promosi Kraf Malaysia di Mesra Mall ini telah diadakan pada 18 Mei 2013, jam 11.00 pagi. Pada majlis, pihak penganjur telah mengadakan gimik pelancaran iaitu aktiviti mewarna batik secara beramai – ramai yang telah disertai oleh Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu, Encik Khairul Hafizi Naharuddin, Puan Salmiza Jamal, Wakil Pengurusan Mesra Mall serta para usahawan yang terlibat dalam jualan kraf pada promosi di Mesra Mall kali ini.

Persembahan Tarian Selamat Datang Sempena Mini Pelancaran Promosi Kraf di Mesra Mall

Gimik Pelancaran iaitu aktiviti mewarna batik telah disempurnakan oleh
Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu
dan Puan Salmiza daripada Mesra Mall

Usahawan yang terlibat bersama-sama mewarna
atik sempena gimik pelancaran

Penyampaian cenderahati oleh Encik Khairul Hafizi kepada
Puan Salmiza selaku wakil Pengurusan Mesra Mall 
 
Aktiviti Mewarna batik yang terbuka kepada pengunjung Mesra Mall untuk mencuba


Aktiviti Kraf Ukiran Kayu turut diadakan


Pelajar-pelajar sekolah yang hadir untuk aktiviti pendidikan kraf mewarna batik

Booth-booth jualan kraf 

Booth-booth jualan kraf 

Demonstrasi Kraf Anyaman 

Para pengunjung Mesra Mall yang hadir dan turut mencuba untuk mewarna batik.



          PKKM CT


Rabu, 8 Mei 2013

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2013 DI MESRA MALL, KEMAMAN, TERENGGANU


Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu akan menganjurkan Program Promosi Kraf Malaysia Di Pusat Membeli - Belah Mesra Mall, Kemaman, Terengganu bermula 17 hingga 27 Mei 2013. 

Aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sempena Program Promosi ini antaranya ialah jualan dan pameran produk kraf, kaunter pendaftaran usahawan, pendidikan kraf dan acara-acara persembahan yang menarik. Booth - booth jualan dan pameran akan dibuka mulai 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Orang ramai adalah dijemput hadir.

Khamis, 18 April 2013

16 APRIL 2013 -PROGRAM INTERAKTIF KRAF BERSAMA UniSZA & PRINCE OF SONGKLA UNIVERSITY, THAILAND


                 Pada tanggal 16 April 2013 yang lalu telah berlangsungnya satu program interaktif kraf yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu. Peserta program terdiri daripada kalangan mahasiswa dari Fakulti Bahasa Dan Komunikasi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan juga Prince Of Songkla University, Thailand. Seramai 200 orang mahasiswa yang telah melibatkan diri dalam aktiviti ini. Aktiviti Interaktif Kraf yang telah diadakan adalah:

i.    Interaktif kraf anyaman bertulang mengkuang
ii.   Interaktif kraf anyaman bekas mengkuang
iii.  Interaktif kraf mencanting dan mewarna batik
iv.  Interaktif kraf mewarna batik blok
v.   Interaktif kraf batik teknik tye and dye
vi.  Interaktif kraf menghasilkan kotak songket (aneka kraf)
vii. Interaktif kraf menghasilkan bekas cenderamata batik (aneka kraf)
Peserta Program Interaktif Kraf bergambar bersama kakitangan PKKM Terengganu sebagai kenang-kenangan
Sebahagian peserta yang tiba untuk mengikuti program interaktif  kraf  di PKKM  Terengganu
Peserta yang terlibat sedang beramai-ramai menuju ke dewan untuk sesi taklimat
Pengarah PKKM Cawangan Terengganu sedang memberikan taklimat ringkas kepada para peserta yang hadir
Para peserta sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengarah
Aktiviti Interaktif Kraf Menghasilkan Kotak songket (aneka Kraf)
Aktiviti Interaktif kraf menghasilkan anyaman bertulang mengkuang
Aktiviti interaktif kraf menghasilkan anyaman bekas mengkuang
Aktiviti interaktif kraf mencanting dan mewarna batik
Aktiviti interaktif kraf mewarna batik blok
Aktiviti interaktif kraf batik teknik tye & dye
Hadiah cenderahati dari UniSZA disampaikan kepada pengarah sebagai kenang-kenangan

mni
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...