Ahad, 7 Oktober 2012

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2012 DI PUSAT MEMBELI BELAH MESRA MALL



KERTEH, 1 Oktober - Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu telah berjaya melepasi sasaran kutipan RM 200,000 menerusi jualan pelbagai produk kraf sempena Promosi Kraf Malaysia di Pasar Raya Mesra Mall, Kerteh, yang telah berlangsung pada 27 September hingga 1 Oktober 2012.

Sebanyak 21 pengusaha kraf telah menyertai program promosi yang berlangsung selama 5 hari ini. Daripada 21 penyertaan tersebut, sebanyak 10 usahawan kraf dari negeri Terengganu yang terlibat daripada bidang kraf seperti batik, songket, logam, seramik dan aneka kraf, manakala selebihnya adalah disertai oleh usahawan kraf dari negeri-negeri lain seperti Kelantan, Selangor, Perak, Johor, Sabah serta Sarawak.

Selama 5 hari program ini berlangsung, jumlah hasil jualan produk kraf yang telah dicatatkan adalah sebanyak RM 502,700.00, melepasi jumlah yang telah disasarkan iaitu sebanyak RM 200,000.00.

Selain daripada jualan produk kraf, aktiviti pengisian lain seperti pendidikan kraf dan persembahan kebudayaan turut diadakan. Aktiviti pendidikan kraf ini telah melibatkan aktiviti mencanting batik yang disertai oleh 30 orang peserta sekolah menengah, menghasilkan wau oleh 30 orang peserta sekolah rendah dan membuat kotak cenderahati di mana penyertaannya dibuka kepada orang ramai. Persembahan kebudayaan pula adalah merupakan persembahan tarian daripada D’ Shine Group Kemaman. Di antara tarian – tarian yang telah dipersembahkan adalah seperti Tarian Selamat Datang, Tarian Gamelan, Tarian Joget Terengganu, Tarian Rodat, Tarian Ulik Mayang, Tarian Zapin dan sebagainya.

Sidang Media Program Promosi Kraf Malaysia di Mesra Mall ini telah diadakan pada 29 Oktober 2012, jam 11.00 pagi. Melalui sidang media ini, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu, Encik Khairul Hafizi Naharuddin berkata, jika sasaran jualan dapat dicapai, pihaknya akan mengadakan lagi program yang sama selepas ini dalam usaha meningkatkan imej dan jualan produk kraf di negeri Terengganu. Selain itu, beliau juga turut menyatakan bahawa Kraftangan Malaysia akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu dan kualiti produk kraf supaya mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran, seterusnya mampu menyumbang dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara dalam tempoh lima tahun lagi.  

Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu, Encik Khairul Hafizi dan
Koordinator Pemasaran Mesra Mall, Encik Mohd Fraimee semasa sidang media. 

Encik Khairul Hafizi menyampaikan cenderahati kepada Encik Mohd Fraimee
selaku wakil kepada pihak Mesra Mall.

Gerai jualan produk kraf.

Gerai jualan produk kraf

Gerai jualan produk kraf.

Aktiviti Pendidikan Kraf Wau.

Para pelajar bersama - sama wau yang telah mereka hasilkan.

Aktiviti mencanting batik oleh para pelajar.


 Oleh : PKKM Cawangan Terengganu
                                                                                                                                                     
                                                                                                                                                         



       

Rabu, 3 Oktober 2012

SELESAI SUDAH PROGRAM KEMBARA KRAF 2012 - (SENI KRAF UKRAN KAYU) 23HB HINGGA 27HB SEPTEMBER 2012


Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu telah berjaya menganjurkan Program Kembara Kraf Ukiran Kayu yang bermula pada 23 hingga 27 September 2012 di Studio Tunjang Bakawali Sdn. Bhd., di Kampung Raja, Besut, Terengganu. Program ini telah dilaksanakan dengan kerjasama daripada Encik Norhaiza Bin Nordin yang juga merupakan Adiguru Kraf Ukiran Halus.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang menyeluruh berkaitan suasana kerja dan berkarya oleh seniman atau pengukir kayu dalam pencarian ilham, penghasilan motif dan penghasilan produk ukiran kayu. Program ini juga diharapkan dapat memberikan input daripada hasil diskusi oleh peserta–peserta yang berpengalaman dan mahir dalam bidang ukiran kayu serta menjadikan peranan Adiguru Kraf lebih bermakna sebagai sumber rujukan dan perkembangan seni ukiran kayu tanah air.

Seramai 21 orang peserta telah mengikuti program ini. Mereka adalah terdiri daripada kakitangan agensi kerajaan, pelajar universiti tempatan serta badan bukan kerajaan (NGO) seperti
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...