Khamis, 20 September 2012

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PESERTA LATIHAN JANGKA PENDEK (LJP) TENUNAN DAN TEMBAGA 2012


Pada 11 September 2012 telah berlangsung majlis penyampaian sijil untuk peserta Latihan Jangka Pendek (LJP) bagi bidang Tembaga & Tenunan di PKKM Terengganu. Pada majlis tersebut peserta telah diberikan sijil penyertaan, cenderahati dan dipamerkan hasil kerja pelatih sepanjang latihan dijalankan selama 6 bulan. Satu sesi bergambar diantara peserta dan tenaga pengajar juga diadakan sebagai kenang-kenangan di masa hadapan.



PESERTA LATIHAN JANGKA PENDEK (LJP) BERGAMBAR KENANGAN
BERSAMA TENAGA PENGAJAR DAN PENGARAH PKKM TERENGGANU

mni

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI 2012 KRAFTANGAN TERENGGANU BERLANGSUNG DENGAN CUKUP MERIAH


Bersempena sambutan aidilfitri tahun ini, PKKM Terengganu juga tidak ketinggalan mengadakan majlis yang sama dimana pihak pengurusan telahpun menjemput tetamu dari kalangan usahawan yang berdaftar dengan kraftangan, jiran tetangga di sekeliling kraftangan dan wakil dari agensi KPKK. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan diantara PKKM Terengganu dengan pihak luar yang terlibat dengan Kraftangan Malaysia. Walaupun diadakan dengan secara kecil-kecilan, majlis ini tetap berlangsung dengan cukup meriah.



















mni

MURID-MURID DARI TADIKA LITTLE CALIPHS RAMA-RAMA COMEL MENGIKUTI AKTIVITI PENDIDIKAN KRAF DI KRAFTANGAN TERENGGANU



(Selasa) 11 September 2012 -Seramai 35 orang murid diiringi oleh 5 orang guru dari Tadika Little Caliphs Rama-Rama Comel telah mengikuti aktiviti Pendidikan Kraf Mewarna Batik Canting yang telah diadakan di PKKM Cawangan Terengganu. Sesi pendidikan kraf yang diadakan selama lebih kurang 3 jam ini bertujuan untuk memupuk semangat cintakan kraftangan dikalangan kanak-kanak dari usia kecil. Murid-murid diberikan penerangan yang ringkas berkenaan kraftangan, mewarna batik serta dibawa melawat ke galeri jualan produk kraf. Disamping itu, hasil batik yang telah siap diwarna dihadiahkan kepada murid-murid sebagai kenang-kenangan mereka. 


                            





mni

Ahad, 9 September 2012

PROGRAM PENDIDIKAN KRAF BERSAMA PELAJAR SEK MEN KEB MANTIN, NEGERI SEMBILAN



Pada 8 September 2012 yang lalu, rombongan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin, Negeri Sembilan yang seramai 30 orang pelajar dengan diiringi oleh 4 orang guru telah mengadakan lawatan ke Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu. Bersempena lawatan yang diadakan tersebut, pihak Kraftangan Terengganu telah menganjurkan Mini Program Pendidikan Kraf Mencanting Batik kepada para pelajar. Program pendidikan kraf ini bertujuan untuk memberikan sedikit pendedahan kepada para pelajar tentang teknik mencanting dan mewarna batik.  Berikut adalah gambar-gambar aktiviti yang dijalankan:




 

 

 
GAMBAR KENANGAN ANGGOTA KERJA KRAFTANGAN TERENGGANU 
DAN PESERTA LAWATAN DARI SMK MANTIN, NEGERI SEMBILAN.


mni
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...