Selasa, 31 Julai 2012

PROGRAM MINI PROMOSI KRAF AIDILFITRI DI KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU - 05 HINGGA 14 OGOS 2012




Bersempena Program Promosi Kraf Aidilfitri yang akan diadakan pada 01 hingga 12 Ogos 2012 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu juga akan mengadakan mini Program Promosi Kraf Aidilfitri bermula pada 05 hingga 14 Ogos 2012 yang akan diadakan di Galeri Jualan Kraftangan Terengganu. 

Pelbagai jenis songket tradisional dan produk kraftangan usahawan Terengganu dijual dengan harga yang menarik.

Sehubungan itu, semua pihak adalah dijemput untuk berkunjung ke galeri jualan yang disediakan.


Untuk makluman Galeri jualan dibuka pada setiap hari bekerja. Waktu urusniaga di galeri jualan adalah seperti berikut:

-Ahad hingga Rabu  = 9.00 pagi - 1.00 tengahari dan 2.00 petang - 5.00 petang.   
-Khamis                    = 9.00 pagi - 1.00 tengahari dan 2.00 petang - 3.30 petang
-Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum galeri ditutup.




mni

Khamis, 12 Julai 2012

SELAMAT DATANG WARGA KERJA BARU PKKM CAWANGAN TERENGGANU


Berkuat kuasa 1 Julai 2012 yang lalu, PKKM Cawangan Terenganu telah menerima 2 pegawai baru yang dipindahkan dari Ibu Pejabat Kuala Lumpur. Pegawai yang berkenaan adalah seperti berikut :


Nama pegawai   : Encik Khairul Azman Bin Che Kob
Jawatan             : Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
Penempatan      : Unit Usahawan


Nama pegawai  : Puan Siti Nurmarshitah Binti Harun
Jawatan            : Pereka
Penempatan     : Unit rekaan

Semoga dengan kehadiran pegawai yang berkenaan akan memantapkan lagi organisasi PKKM Cawangan Terengganu 


mni

JUALAN PRODUK KRAFTANGAN DI GALERI KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU


Bermula pada bulan Mac 2012, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu telah membuka semula Pusat Jualan Kraf yang diadakan di galeri yang terdapat di cawangan. Antara barangan yang dijual di galeri jualan berkenaan adalah seperti:

- Produk kraf anyaman mengkuang/ daun sal  
- Produk kraf tembaga
- Produk kraf batik
- Produk kraf kulit 
- Produk kraf songket
- Produk Cenderamata dll


Untuk makluman Galeri jualan dibuka pada setiap hari bekerja. Waktu urusniaga di galeri jualan adalah seperti berikut:


-Ahad hingga Rabu  = 9.00 pagi - 1.00 tengahari dan 2.00 petang - 5.00 petang.   
-Khamis                    = 9.00 pagi - 1.00 tengahari dan 2.00 petang - 3.30 petang
-Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum galeri ditutup.


Orang ramai dijemput untuk berkunjung ke Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu untuk melihat serta membeli produk kraftangan yang ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan. 
Selain membeli produk jualan kraftangan, pengunjung juga boleh melihat aktiviti penghasilan produk aneka kraf jahitan di bengkel inkubator yang terdapat di cawangan.


mni
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...