Rabu, 2 Mei 2012

Program : Program Merakyatkan Senibudaya (PMS) Komuniti 1Malaysia –
                  Pesta Mengambat Ikan


Tarikh    : 28 April 2012 (1 Hari)


Masa     : 9.00 pagi - 11.00 malam


Tempat  : Tapak Pesta Tepi Sungai, Kg. Menerong, Ajil, Terengganu



Program ini dianjurkan oleh pihak Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Terengganu dengan kerjasama Majlis Daerah Hulu Terengganu bersama-sama JKKK kampung yang terlibat telah menganjurkan program di atas. Program ini melibatkan aktiviti-aktiviti seperti senam seni, jamuan rakyat, pesta mengambat ikan, sukan rakyat,demonstrasi (silat & mengemping), pencungkilan bakat karaoke, persembahan kesenian dan juga pameran-pameran agensi yang terlibat. PKKM Cawangan Terengganu telah terlibat di dalam bahagian pameran/jualan. Antara usahawan-usahawan kraf yang hadir untuk menjual produk mereka ialah Dytiez Batik (Tekstil batik), Has Collection (Tekstil batik) dan MT Wannur Paper (Aneka Kraf Kertas). Walaupun program ini hanya sehari tetapi sambutan agak meriah daripada penduduk setempat.













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...