Ahad, 29 April 2012

PERTANDINGAN PING PONG BERPASUKAN ANTARA JABATAN/AGENSI KPKK NEGERI TERENGGANU 2012


22 April 2012 - Bertempat di Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai, pada 9 dan 21 April 2012 yang lalu, telah berlangsungnya Pertandingan Ping Pong Berpasukan Antara Jabatan/Agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Negeri Terengganu.

Kejohanan ini telah dikelolai oleh Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) Terengganu selaku urusetia pertandingan. Sebanyak 7 pasukan yang terdiri daripada jabatan dan agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Negeri Terengganu telah menyertai pertandingan ini. Pada peringkat awal, pertandingan telah dijalankan secara sistem liga dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.  Kumpulan A terdiri daripada Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu, Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Terengganu dan Jabatan Penerengan Negeri Terengganu. Manakala Kumpulan B pula terdiri daripada Jabatan Penyiaran (RTM) Negeri Terengganu, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Terengganu, Jabatan Arkib Negara Terengganu dan Jabatan Warisan Negara Zon Timur  yang bergabung dengan BERNAMA Negeri Terengganu. Setiap pasukan adalah diwakili oleh 2 pemain perseorangan lelaki, 1 beregu lelaki, 1 beregu wanita dan 1 beregu lelaki veteran.

Perlawanan peringkat liga telah diadakan pada 9 April 2012 (Isnin), bermula dari jam 8.00 hingga 11.30 malam. Bagi peringkat liga, Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu telah menjuarai Kumpulan A diikuti oleh JKKN Terengganu sebagai Naib Juara Kumpulan A. Sementara itu bagi Kumpulan B, RTM Negeri Terengganu dan Jabatan Arkib Negara Terengganu masing-masing telah menjadi Juara dan Naib Juara Kumpulan.
Pada 21 April 2012 (Sabtu) bermula dari 10 pagi hingga 1.00 petang, perlawanan peringkat separuh akhir, akhir dan penentuan tempat ke - 3 dan 4 telah diadakan. Peringkat separuh akhir pertama telah berlangsung dengan sengit di antara pasukan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu menentang Jabatan Arkib Negara Terengganu. Perlawanan ini telah dimenangi oleh Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu dengan mata kemenangan 3 – 2. Sementara itu, di peringkat separuh akhir kedua, RTM Terengganu telah menewaskan JKKN Terengganu dengan mata 4 -1.

Perlawanan Akhir telah dilangsungkan pada jam 12.00 tengahari yang melibatkan pasukan RTM Terengganu menentang pasukan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu. Pada perlawanan akhir yang penuh dengan debaran dan emosi ini, pasukan RTM Terengganu telah berjaya mengalahkan Kraftangan Malaysia dengan kemenangan tipis 3 – 2. Tempat ketiga telah dimenangi oleh Jabatan Arkib Negara Terengganu yang telah menewaskan JKKN Terengganu.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan RTM Terengganu dan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu selaku Johan dan Naib Johan Pertandingan Ping Pong Berpasukan Antara Jabatan/Agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Negeri Terengganu 2012.

Semoga pertandingan seperti ini dapat diteruskan lagi dari semasa ke semasa, bagi mengeratkan perhubungan pegawai dan kakitangan sesama jabatan dan agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Negeri Terengganu. Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada pihak urusetia yang telah dapat mengendalikan kejohanan ini dengan jayanya.


Para penyokong yang hadir untuk memberikan sokongan kepada pasukan

Para penyokong yang hadir untuk memberikan sokongan kepada pasukan

Aksi pemain sepanjang pertandingan

Aksi pemain sepanjang pertandingan

Aksi pemain sepanjang pertandingan

Aksi pemain sepanjang pertandingan

Aksi pemain sepanjang pertandingan

Pasukan Ping Pong Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu

RTM Terengganu selaku Johan Pertandingan

Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu menjadi Naib Johan

Jabatan Arkib Negara Terengganu di tempat ketiga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...