Rabu, 15 Februari 2012

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu 2012

Sambutan Maulidur Rasul yang dilangsungkan secara besar-besaran dan aktiviti perarakan beramai-ramai yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Besar Terengganu telah diadakan di Bandaraya Kuala Terengganu pada 5 Februari 2012. Perarakan tersebut bermula seawal jam 7.00 pagi di Dataran Shahbandar dan berakhir di Stadium Negeri.

Seramai 9 anggota kerja PKKM Cawangan Terengganu terpilih telah terlibat dalam perarakan ini di bawah KPKK Negeri Terengganu. Untuk rekod, perarakan ini telah disertai hampir 20,000 peserta dari seluruh pelusuk Negeri Terengganu meliputi pelbagai jabatan/agensi kerajaan negeri dan persekutuan, IPT, sekolah-sekolah, persatuan-persatuan, JKKK seluruh Negeri Terengganu dan sebagainya.


















Selasa, 14 Februari 2012

Gambar terbaru

Gambar terbaru semua anggota-anggota kerja PKKM Cawangan Terengganu bagi tahun 2012

Isnin, 6 Februari 2012

Lawatan Yang Berbahagia Dato’ Sohaimi Shahadan, Pengerusi Kraftangan Malaysia ke PKKM Cawangan Terengganu

Tajuk              :           Lawatan Yang Berbahagia Dato’ Sohaimi Shahadan, 
                                   Pengerusi Kraftangan Malaysia ke PKKM Cawangan Terengganu                                  

Tarikh             :           25 Januari 2012 (Rabu)

Masa               :          9.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat           :          Premis PKKM Cawangan Terengganu


Pada 25 Januari 2012 (Rabu), seluruh warga PKKM Cawangan Terengganu berasa amat berbesar hati dan bangga  dengan menerima kunjungan Yang Berbahagia Dato' Haji Sohaimi Shahadan, Pengerusi baru Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Ini adalah merupakan kali pertama kunjungan beliau ke premis PKKM Cawangan Terengganu di Chendering, Terengganu. Ketibaan beliau telah disambut oleh Encik Khairul Hafizi Naharuddin, Pengarah PKKM Cawangan Terengganu dan warga Kraftangan Cawangan Terengganu.

Lawatan ini bertujuan untuk beliau mendekati semua anggota kerja secara terus dan beramah mesra serta memberi amanat penting mengenai hala tuju Kraftangan Malaysia bagi menghadapi gelombang dan cabaran baru pada masa akan datang. Pada lawatan ini, Yang Berbahagia Dato’ telah memberikan taklimat dan amanat kepada anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu mengenai Pelan Transformasi Kraf Negara dan hala tuju industri kraf sehingga tahun 2016.

Yang Berbahagia Dato’ sempat membuat tinjauan ke premis PKKM Cawangan Terengganu seperti Bengkel Penyelidikan dan Pembangunan Tenunan, Makmal Tenunan, Galeri Pameran Songket serta inkubator kraf. Beliau juga telah berkunjung ke bengkel dan premis usahawan yang berhampiran seperti Kilang Batik Noor Arfa dan premis jualan Seem Noor Batik.

Yang Berbahagia Dato’ amat berpuas hati dengan pencapaian dan hasil kerja yang dilaksanakan oleh Cawangan Terengganu. TAHNIAH kepada warga Kraftangan Cawangan Terengganu, terutama kepada Pengarah kami, Encik Khairul Hafizi Naharuddin yang sentiasa memberi semangat untuk kami terus memberi khidmat terbaik.

Semoga kunjungan ini akan memberi suntikan semangat kepada Warga Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu untuk terus cemerlang di dalam memberi perkhidmatan terbaik demi kemajuan industri kraf tempatan.



Ketibaan Yang Berbahagia Pengerusi disambut oleh Warga PKKM Cawangan Terengganu

Taklimat mengenai Cawangan Terengganu oleh Pengarah Cawangan

Yang Berbahagia Pengerusi menyampaikan ucapan dan amanat 


Yang Berbahagia Pengerusi menyampaikan ucapan dan amanat 


Warga PKKM Cawangan Terengganu

Warga PKKM Cawangan Terengganu

Lawatan Yang Berbahagia Pengerusi ke Bengkel Penyelidikan dan Pembangunan Tenunan PKKM Cawangan Terengganu 

Lawatan Yang Berbahagia Pengerusi ke Bengkel Penyelidikan dan Pembangunan Tenunan PKKM Cawangan Terengganu

Lawatan Yang Berbahagia Pengerusi ke Inkubator Tembaga

Lawatan Yang Berbahagia Pengerusi ke Inkubator Tembaga

Lawatan Yang Berbahagia Pengerusi ke Inkubator Aneka Kraf


Lawatan Yang Berbahagia Pengerusi ke Galeri Pameran PKKM Cawangan Terengganu

Lawatan Yang Berbahagia Pengerusi ke Kilang Batik Noor Arfa 

Lawatan Yang Berbahagia Pengerusi ke Kilang Batik Noor Arfa

Lawatan Yang Berbahagia Pengerusi ke Seem Noor Batik

Yang Berbahagia Pengerusi menerima cenderahati daripada Seem Noor Batik



 Disediakan Oleh : Mohd Suhaimi Bin Zakaria
E-mail : suhaimizakaria@kraftangan.gov.my
Cawangan : Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu








Taklimat Clean Batik Initiative – Regional Project Information Day (RIPD) dan SME Project Information Day (SME PID) di PKKM Cawangan Terengganu


Tarikh             :           12 Januari (Khamis)
Masa              :           10.00 pagi hingga 5.30 petang
Tempat           :           Dewan Blok G, PKKM Cawangan Terengganu

Program Inisiatif Batik Bersih (Clean Batik Initiative) adalah program tiga tahun (2011 – 2013) yang akan dilaksanakan oleh Malaysian – German Chamber of Commerce & Industry (MGCC), Perkumpulan Ekonomi Indonesia – Jerman (EKONID) dengan dibiayai bersama oleh Suruhanjaya Eropah (EU) di bawah Geran SWITCH – Asia. Sokongan teknikal akan diberikan oleh Jabatan Alam Sekitar yang merupakan unit di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia dan perbadanan – perbadanan sokongan yang lain.  

Program CBI ini bertujuan untuk menghijaukan kedua-dua bahagian penawaran dan permintaan produk batik bagi memastikan persekitaran telah diambil kira secara menyeluruh, supaya kitaran tolak-balik yang baik bagi pengeluaran bertanggungjawab dan penggunaan bermaklumat dapat membuka jalan ke arah pembangunan mampan dalam industri batik.

Program CBI akan dilaksanakan di dua buah negeri di Malaysia iaitu di Kelantan dan Terengganu. Bagi negeri Terengganu, pihak MGCC telah mensasarkan sebanyak 20 orang usahawan batik untuk menyertai program ini. Melalui penyertaan di dalam program ini, usahawan-usahawan batik yang terlibat akan dapat menyertai bengkel percuma tentang Kecekapan Penggunaan Air, Tenaga dan bahan, Pengurusan Kimia, Pencelup Semula Jadi, Pencelup Kimia Mesra Alam dan Teknologi Sesuai dalam pengeluaran batik yang bersih. Usahawan juga akan diberikan bantuan teknikal percuma dan konsultasi mengenai pelaksanaan dan penyeliaan dalam pengeluaran batik bersih oleh pakar teknikal antarabangsa dan tempatan.


Taklimat telah dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Regional Project Information Day pada sebelah pagi dan SME Project Information Day pada sebelah petang. Tujuan taklimat pada sebelah pagi diadakan adalah untuk memberikan penerangan yang jelas mengenai program CBI serta mendapatkan cadangan dan maklum balas daripada jabatan, agensi dan institut pengajian tinggi yang berkaitan.


Jadual 1:           Atucara Program Taklimat CBI – Regional Project Information Day

Perkara/Seisi
Catatan
10.00 pagi hingga 12.30 tengahari

·      Ucapan Aluan oleh Timbalan Pengarah PKKM Cawangan Terengganu

·      Taklimat “EU Support to Sustainable Growth”  oleh Encik Pablo Iglesias (Wakil Suruhanjaya Eropah)

·      Taklimat “Project Overview, Vision and Mission of the CBI” oleh Encik Thomas Brandt (Pengarah Urusan MGCC dan Koordinator Projek CBI)

·      Taklimat “Cleaner Production and CBI Activities” oleh Prof. Nik Meriam Nik Sulaiman (Pakar Teknikal CBI)

·      Seisi Perbincangan dan Soal Jawab



Jabatan/Agensi/IPTA yang hadir:
1. PKKM Cawangan Terengganu               
    – 11 orang wakil

2. Jabatan Alam Sekitar                           
    – 2 orang wakil

3. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu                              
    – seorang wakil

4. Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu                                       
    – 2 orang wakil

5. Jabatan Pembangunan Persekutuan Terengganu                                      
    – seorang wakil

6. Universiti Malaysia Terengganu       
    – 6 orang wakil

7. Universiti Teknologi Mara                   
    – 2 orang wakil

8. Universiti Sultan Zainal Abidin                  
    – seorang wakil


Pada sebelah petang pula, taklimat mengenai CBI telah disampaikan kepada para usahawan batik dari negeri Terengganu. Tujuan taklimat pada sebelah petang adalah untuk menerangkan kepada usahawan batik Terengganu mengenai Program CBI dan mempelawa usahawan batik negeri Terengganu untuk menyertai CBI.

Jadual 2 : Atucara Program Taklimat CBI – SME Project Information Day

Perkara/Seisi
Catatan
2.30 hingga 5.30 petang

  • Ucapan Aluan oleh Encik Thomas Brandt (Pengarah Urusan MGCC dan Koordinator Projek CBI)
  • Taklimat Pengenalan kepada Clean Batik Initiative”  oleh Cik Schvonne Choo (Pegawai Projek CBI)
  • Taklimat “Peranan Teknologi Bersih untuk Meningkatkan Daya Saing Industri Batik” oleh Prof. Nik Meriam Nik Sulaiman (Pakar Teknikal CBI)
  • “Sharing session” – Mengapa Sertai CBI?
  • Seisi Soal Jawab


Syarikat Batik yang hadir:

  1. Rosazlin Collection
  2. Perniagaan Citrawarna       
  3. ETY Batek
  4. Zaba Batek Craft
  5. Pauzi Batik          
  6. Fadhizan Store
  7. Fauziah Batik           
  8. Batikku Anis
  9. Suhaila Batek
  10. Seem Noor Batek Sdn Bhd
  11. Nura Batik
  12. Mazlan Batik
  13. Noor Hafiza Batik
  14. Rumah Kraf


Program Clean Batik Initiative (CBI) ini diadakan untuk menyokong kraftangan batik dalam proses perubahan yang bakal berlaku pada masa hadapan dan membantu para usahawan batik menghasilkan produk batik dengan mengambil kira isu-isu alam sekitar yang berkaitan dengan penggunaan tenaga, bahan kimia, sisa pepejal, tanah yang tercemar dan masalah persekitaran yang lain untuk memastikan pengeluaran batik yang bersih yang dapat memberikan kesan yang positif kepada industri batik tempatan.





Taklimat Clean Batik Initiative  (CBI) di PKKM Cawangan Terengganu


Taklimat CBI – Regional Project Information Day pada sebelah pagi kepada Jabatan/Agensi


 Taklimat (CBI) Regional Project Information Day 


Ucapan Aluan oleh Timbalan Pengarah PKKM Cawangan Terengganu


 Taklimat “EU Support to Sustainable Growth”  oleh Encik Pablo Iglesias (Wakil EU)


Taklimat “Project Overview, Vision and Mission of the CBI” oleh Encik Thomas Brandt (Pengarah Urusan MGCC dan Koordinator Projek CBI)


Sesi Pendaftaran Para Usahawan yang hadir


 Taklimat Pengenalan kepada Clean Batik Initiative”  oleh Cik Schvonne Choo                  (Pegawai Projek CBI)


 Taklimat “Peranan Teknologi Bersih untuk Meningkatkan Daya Saing Industri Batik” oleh Prof. Nik Meriam Nik Sulaiman (Pakar Teknikal CBI)


 Gambar Pegawai PKKM Cawangan Terengganu dan Pegawai CBI beserta para usahawan batik Terengganu




Disediakan Oleh         :           Mohd Suhaimi Bin Zakaria
E-mail                           :           suhaimizakaria@kraftangan.gov.my
Cawangan                   :           Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...