Rabu, 7 Mac 2012

Lawatan Teknikal Tenunan Ke Pusat Tenun Pahang Felda Chini dan Institut Kemahiran Tenun Pahang DiRaja, di Pekan Pahang

Program         :           Lawatan Teknikal Tenunan Ke Pusat Tenun Pahang Felda Chini                          
                                    dan Institut Kemahiran Tenun Pahang DiRaja, di Pekan Pahang


Tarikh             :           20 dan 21 Februari 2012

Unit Teknikal dan Rekaan PKKM Cawangan Terengganu telah mengadakan satu lawatan ke Pusat Tenun Pahang Felda Chini Pahang pada 20 Februari 2012 (Isnin). Lawatan ini telah dianggotai oleh 3 orang pegawai dari Unit Teknikal dan seorang pereka tenunan dari Unit Rekaan Cawangan. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan bantuan dan nasihat teknikal daripada pihak pengusaha di Pusat Tenun Pahang Felda Chini dalam menghasilkan kad punching rekaan baru untuk Mesin Jacquard Loom.

Pada hari kedua iaitu 21 Februari 2012 (Selasa), lawatan telah diteruskan ke Institut Kemahiran Tenun Pahang DiRaja, di Pulau Keladi, Pekan Pahang. Di sini pihak lawatan telah disambut oleh Pengurus Institut dan Pegawai Teknikal dari Cawangan Pahang. Kompleks Pengembangan Tenun Pahang DiRaja Sultan Haji Ahmad Shah yang terletak di Kampung Soi, Kuantan telah menjadi destinasi lawatan yang terakhir sebelum bertolak pulang ke Cawangan Terengganu.



Taklimat ringkas mengenai Pusat Tenun Pahang Felda Chini
 oleh Pengurus  Felda Chini, Encik Roslan
Lawatan ke tempat pengeluaran songket mesin jacquard loom
Seisi perbincangan teknikal bersama pihak Felda Chini
berkaitan pembekal benang untuk pengeluaran songket mesin

Lawatan ke Galeri Pameran Produk
Gambar kenangan bersama Pihak Pengurusan Felda Chini
Seisi penerangan oleh pengajar Institut Tenun Pahang DiRaja
Lawatan ke Galeri Pameran Tenun Pahang di Institut Tenun Pahang DiRaja
Kompleks Pengembangan Tenun Pahang DiRaja di Kampung Soi, Kuantan
Lawatan ke Galeri Jualan di  Kompleks Pengembangan Tenun Pahang DiRaja
Kampung Soi
Galeri DiRaja di Kompleks Pengembangan Tenun Pahang DiRaja
Galeri DiRaja di Kompleks Pengembangan Tenun Pahang DiRaja
Galeri DiRaja di Kompleks Pengembangan Tenun Pahang DiRaja

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...