Rabu, 19 Oktober 2011

Program Promosi Terbaru pada masa akan datang

Sukacita dimaklumkan takwim ringkas program promosi terbaru di peringkat Negeri Terengganu oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan pihak yang terlibat :

1) Program: Karnival Rapat 1Malaysia
    Tarikh   : 10 - 12 November 2011 (3 hari)
    Lokasi  : Taman Awam Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu
    *Anjuran : Jabatan Khal Ehwal Khas (JASA) dengan kerjasama Kelab Belia Generasi Prihatin Kuala
                    Terengganu
2) Program: Terengganu Showcase 2011   
    Tarikh    : 25 - 27 November 2011 (3 hari)
    Lokasi   : Plaza Angsana, Johor Bahru
    Anjuran : Kerajaan Negeri Terengganu melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu
Sekian untuk makluman.

* Pembetulan

Ahad, 16 Oktober 2011

Majlis perhimpunan Pagi Bulan September 2011

Perhimpunan pagi bagi Bulan September telah dilangsungkan di Dewan Blok G, PKKM Cawangan Terengganu pada 29 September 2011, jam 9.00 pagi. Encik Zahir Bin Ahmad, Pengarah PKKM Cawangan Terengganu telah menyampaikan beberapa amanat kepada seluruh warga kerja PKKM Cawangan Terengganu dan perkara-perkara yang terbaru untuk program dan aktiviti di cawangan seterusnya.






Selasa, 11 Oktober 2011

Kejadian Ribut Sempena Pekan Budaya Daerah Kuala Terengganu 2011




Program Pekan Budaya Daerah Kuala Terengganu 2011 adalah merupakan program promosi tahunan anjuran Kerajan Negeri Terengganu melalui agensinya Pejabat Daerah Kuala Terengganu dan program ini telah berlangsung pada 22 hingga 28 Oktober 2011 yang lalu. Pada tahun ini, lokasi program yang terpilih adalah di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.


Pelbagai jabatan/agensi telah menyertai program ini termasuklah PKKM Cawangan Terengganu. Penglibatan dalam pameran ini merupakan satu bentuk sokongan kepada Kerajaan Negeri Terengganu dalam salah satu cara penyampaian saluran maklumat dan aktiviti pelbagai agensi/jabatan kepada masyarakat umum.

PKKM Cawangan Terengganu turut menyertai program ini dengan keluasan yang diperuntukkan berukuran 20’ x 40’ (2 Lot @ 20’ x 20’). Antara aktiviti yang diadakan di dalam booth PKKM Cawangan Terengganu adalah jualan produk kraf melibatkan pelbagai bidang kraf dan pameran maklumat korporat PKKM Cawangan Terengganu.


Usahawan-Usahawan kraf yang terlibat dalam aktiviti jualan ini adalah:

1. Citrawarna Batik - Tekstil (Produk Batik)

2. Puteri Suraya Batik - Tekstil (Produk Batik)

3. Inai Qausar Heritage - Produk Aneka Kraf (Hiasan & Cenderamata)

4. Sabasyukri Enterprise - Produk Aneka Kraf (Seni Sulam Tampal / Patchwork)

5. Danish Smart Enterprise - Produk Aneka Kraf (Perhiasan Kristal)

6. SAF Aneka Kraf - Produk Aneka Kraf (Kotak Cenderamata)

7. A&M Global Sdn. Bhd. - Produk Logam (Aksessori & Perhiasan Wanita)


Walaubagaimanapun, pada 27 September 2011, sehari sebelum tamat program ini, satu kejadian ribut telah melanda di seluruh kawasan Dataran Shahbandar yang menjadi lokasi berlangsungnya program Pekan Budaya Daerah Kuala Terengganu 2011 ini. Kejadian ini telah berlaku di antara jam 9.00 hingga 9.15 malam. Ribut ini turut disertai dengan hujan lebat dan telah menyebabkan kebanyakan kanopi pelbagai agensi/jabatan dan peserta jualan yang terlibat di dalam program ini di seluruh kawasan berkenaan ranap. Turut musnah adalah sebuah pentas yang digunakan untuk upacara perasmian dan aktiviti-aktiviti kebudayaan bersempena program ini. Dua buah kanopi PKKM Cawangan Terengganu turut diterbangkan oleh angin ribut dan memusnahkan kebanyakan peralatan dan props di dalamnya yang selalu digunakan untuk program-program promosi luar. Bagi mengelakkan lebih banyak risiko props rosak atau hilang pada waktu kejadian, barang-barang tersebut telah dibawa pulang ke pejabat pada malam yang sama.

Sebelum KejadianRibut






Selepas Kejadian Ribut


Rabu, 5 Oktober 2011

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KPKK Negeri Terengganu


Satu majlis rumah terbuka bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang meriah anjuran KPKK Terengganu telah diadakan pada 26 September 2011, bermula jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang, bertempat di Dewan Tuanku Abd Rahman, Bandaraya Kuala Terengganu. Ianya disertai oleh kesemua 8 jabatan/agensi di bawah KPKK Negeri Terengganu dan kesemua jabatan/agensi ini  telah memberikan kerjasama yang sangat menggalakkan untuk mengadakan rumah terbuka bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ramai para hadirin telah dijemput bagi memeriahkan rumah terbuka ini.   














Selasa, 4 Oktober 2011

Clean Batik Initiative (CBI)

Tarikh : 13 September 2011 (Selasa)

Masa : 9.30 am

Tempat: Dewan Blok G, PKKM Cawangan Terengganu

Anjuran: Dewan Perniagaan Industri dan Perdagangan Malaysia – Jerman /

Malaysia-German Chamber of Industry and Commerce (MGCC)


dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia


Cawangan Terengganu


Dewan Perniagaan Industri dan Perdagangan Malaysia-Jerman adalah Dewan Perniagaan Dua Hala Malaysia - Jerman yang ditubuhkan pada tahun 1991. Ia telah menjalankan beberapa projek dalam bidang tenaga boleh diperbaharu dan kecekapan tenaga sejak beberapa tahun lalu dengan tumpuan lebih diberikan kepada Pantai Timur Malaysia, yang juga menempatkan sebahagian besar industri batik Malaysia serta merupakan kawasan yang kurang pembangunan di Malaysia. Dalam projek yang dinyatakan diatas, tumpuan selalunya adalah untuk mebantu IKS tempatan mengembangkan kemahiran mereka, membangunkan kaedah kemahiran mampan dan meningkatkan keupayaan untuk pengantarabangsaan.

Sasaran bagi program Clean Batik Initiative (CBI) ini adalah untuk mengurangkan kesan negatif persekitaran akibat pengeluaran batik dan pada masa yang sama memaksimumkan pendapatan IKS dan memperbaiki persekitaran pekerjaan dan keselamtan pekerja. Dengan mengambil bahagian dalam program ini, ia merupakan peluang yang baik bagi IKS batik untuk menikmati penjiamtan sehingga 100% dalam latihan, perundingan dan sokongan promosi perniagaan.

Pada 13 September 2011 lalu, satu pertemuan telah diadakan bersama-sama dengan Pengarah PKKM Cawangan Terengganu, Encik Zahir Bin Ahmad dan para pegawai yang terlibat, wakil MGCC Mr. Thomas Brandt, wakil Unit Perancang Ekonomi Negeri, wakil Jabatan Alam Sekitar dan Persatuan Pembatik Terengganu. Sesi taklimat ini telah dimulakan oleh En. Thomas Brandt mengenai projek Clean Batik Initiative ini dan perbincangan selanjutnya secara bersama oleh semua pihak yang terlibat.

Hasil daripada pertemuan ini, projek CBI ini akan mula berjalan selama lebih kurang 6 hingga 8 bulan bermula pada pertengahan Oktober ini dan akan melibatkan seramai 20 usahawan kraf (Small Medium Enterprise) Negeri Terengganu. Pihak Dewan Perniagaan Industri dan Perdagangan Malaysia-Jerman juga telah meminta bantuan daripada Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu untuk mendapatkan 2 atau 3 orang penasihat teknikal tempatan (Technical Consultant) bagi memantau projek yang dijalankan ini.








Selepas perbincangan diadakan, lawatan ke tapak bengkel usahawan-usahawan kraf telah diadakan dan bengkel-bengkel tersebut adalah seperti berikut:

i) Pelangi Batik





  

ii) Citrawarna Batik





   
   
iii) Rosazlin Collection


iv) Nozi Batik


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...