Selasa, 16 Ogos 2011

Ceramah Agama Bulan Ramadhan

Penceramah  : Ustaz Hj. Zamri Bin Nik
                       Pegawai Ehwal Islam

                       Pejabat Agama Negeri Terengganu

                       Merangkap Imam Masjid Tengku Tengah Zaharah,

                       Kuala Ibai, Kuala Terengganu

Masa           : 11 Ogos 2011 (Khamis), jam 11.00 pagi

Tempat        : Dewan Blok G, PKKM Cawangan Terengganu

Antara salah satu pengisian aktiviti pada bulan yang mulia ini adalah dengan menganjurkan ceramah agama khusus untuk semua warga kerja PKKM Cawangan Terengganu dan peserta Latihan Jangka Pendek 2011 (LJP 2011). Semoga warga kerja sekalian mendapat manfaat, kebaikan dan keberkatan daripada ceramah tersebut.












Ahad, 14 Ogos 2011

Kursus Excel Untuk Anggota Kerja PKKM Cawangan Terengganu

PENGENALAN

Micrsosft Excel 2007 adalah satu perisisan yang terkini diperkenalkan oleh syarikat Microsoft, sebagaimana yang diketahui umum penggunaan Excel banyak membantu di dalam system pengurusan di sesebuah organisasi. Kursus ini memberi tekanan kepada penyelesaian yang melibatkan kepada pengiraan, laporan, perancangan (projection), manipulasi data serta menganalisa data dengan pelbagai kaedah. Kursus ini telah berlangsung pada 25 & 26 Julai yang lalu bertempat di Dewan Blok G, PKKM Cawangan Terengganu khusus untuk anggota-anggota kerja yang terpilih.

OBJEKTIF KURSUS

Pada akhir kursus ini peserta dapat:

1. Mengetahui perbezaan excel 2003 dan 2007 serta cirri-ciri baru MS Excel 2007

2. Menggunakan formula dan fungsian dalam pengiraan

3. Mencetak dokumen excel mengikut format tertentu

4. Memanipulasi data dengan pelbagai kaedah

5. Menganalisa data menggunakan carta dan pivot table

6. Menggunakan ‘tools’ tambahan bagi memantapkan penggunaan lembaran kerja

 
ATURCARA KURSUS


25 Julai 2011 (Isnin)

8.00-8.30 pagi Pendaftaran Peserta Kursus

8.30-10.15 pagi Pengenalan kepada excel 2007 dan cirri-ciri baru excel, Manipulasi lajur/baris

10.15-10.30 pagi Rehat/minum pagi

10.30-12.45 t/hari Manipulasi kandungan sel, Format sel, Manipulasi data

12.45-2.15 petang Rehat/Makan tengahari/Solat Zuhur

2.15-5.00 petang Kaedah Cetakan, Penggunaan Formula dan Fungsian


26 Julai 2011 (Selasa)

8.30-10.15 pagi Sambungan Formula dan Fungsian

10.15-10.30 pagi Rehat/Minum pagi

10.30-12.45 t/hari Carta dan Pivot Table

12.45-2.15 petang Rehat/Makan Tengahari/Solat Zuhur

2.15-4.45 petang Fungsi-Fungsi Tambahan

4.45-5.00 petang Minum Petang/Bersurai

 






Rabu, 10 Ogos 2011

Sorotan Kembali Hari Bertemu Pelanggan Kraftangan Malaysia 2011 Di PKKM Cawangan Terengganu yang lalu……..

Imbasan kembali....

Pada 12 Julai 2011 yang lalu, Kraftangan Malaysia telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan 2011 serentak di ibupejabat dan semua cawangan di seluruh negara. Pejabat Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu telah mempersiapkan segala aktiviti pada hari tersebut untuk memenuhi dan memeriahkan lagi program sedia ada. Golongan sasaran adalah usahawan-usahawan kraf, jabatan/agensi kerajaan, sekolah-sekolah, IPT, persatuan-persatuan, NGO dan orang awam. Aktiviti-aktiviti yang telah diadakan adalah seperti berikut:

A) Taklimat Korporat & Sesi Dialog Bersama Usahawan kraf

  - Sesi taklimat korporat bermula jam 10.00 pagi oleh Pengarah PKKM Cawangan Terengganu, Encik
       Zahir Bin Ahmad dan seterusnya sesi dialog bersama usahawan kraf.


B) Pameran Jabatan/Agensi selain PKKM Cawangan Terengganu:

     1) Jabatan Penyiaran Wilayah Timur

     2) Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Terengganu

     3) Jabatan Kebudayaan & Kesenian Malaysia Negeri Terengganu

    4) Jabatan Arkib Negara Malaysia Negeri Terengganu

    5) Biro Pengaduan Awam

    6) Suruhanjaya Syarikat Malaysia

    7) SME Corp

    8) Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu



C) Pameran Galeri Warisan, Galeri Songket & Pusat Inovasi Tenunan Malaysia
   
     - Dibuka sempena Hari Bertemu Pelanggan ini untuk memberi peluang kepada semua pengunjung yang
       datang untuk melihat pameran produk kraf dan mesin tenunan songket sedia ada di PKKM Cawangan
       Terengganu.


D) Jualan Kraf :

     1) Persatuan Pengusah-Pengusaha Batik Negeri Terengganu

     2) Wannur Paper Craft

     3) House Of Coconut Shell

     4) Lamaka Trading

     5) Warisan Seni Kayu Ukir

     6) Wanisma Craft & Trading

     7) Ismawati Kraf

     8) Kamal Gems

     9) Inai Qausar Heritage


E) Aktiviti Pendidikan Kraf

- Aktiviti pendidikan kraf yang dijalankan adalah berskala besar bagi tahun ini melibatkan empat cawangan  
  negeri yang telah terpilih. Antara yang terpilih adalah PKKM Cawangan Terengganu dan aktiviti ini telah
   melibatkan seramai peserta dari sekolah rendah, sekolah menengah, pihak persatuan dan NGO terlibat.
  Berikut merupakan aturcara perasmian Program Pendidikan Kraf Bersempena Hari Bertemu Pelanggan
  Kraftangan Malaysia 2011 telah sempurna dilaksanakan:


MASA ATURCARA


10.00 pagi - Ketibaan usahawan dan tetamu jemputan


10.15 pagi - Pendaftaran usahawan


10.30 pagi -Ketibaan Y.B. Dato’ Haji Rosol Bin Wahid
                   Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan Dan Koperasi
                   Negeri Terengganu

10.45 pagi - Ucapan aluan dan taklimat korporat oleh Encik Zahir Bin Ahmad, Pengarah PKKM Cawangan
                    Terengganu

11.00 pagi - Ucapan perasmian oleh:
                    Y.B. Dato’ Haji Rosol Bin Wahid
                   Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan Dan Koperasi
                   Negeri Terengganu

11.15 pagi - Lawatan ke program pendidikan kraf, pameran agensi dan pusat jualan

12.00 t/hari - Jamuan

12.30 t/hari - Majlis dialog bersama usahawan

1.30 t/hari - Majlis bersurai
                                
                                                          

Aktiviti Pendidikan Kraf Terbesar Sempena Hari Bertemu Pelanggan PKKM 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...