Khamis, 28 Julai 2011

Lawatan Kerja Rasmi Ke Pulau Redang, Terengganu

      Berjaya Redang Beach Resort Sdn. Bhd.merupakan satu pusat percutian yang terletak di Pulau Redang, kira-kira satu jam setengah perjalanan menaiki feri dari Jeti Taman Shahbandar, Kuala Terengganu. Resort ini dikelaskan sebagai pusat peranginan mewah dimana hampir 95% daripada pelanggannya adalah terdiri daripada pelancong-pelancong asing dan selebihnya warga tempatan.

       Baru-baru ini pada 29 Jun 2011, Berjaya Redang Beach Resort Sdn. Bhd. telah mengambil inisiatif mempelawa Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu untuk berbincang secara dua hala mengenai rancangan pihak mereka untuk membangunkan dan menyerikan semula resort tersebut dengan segala pengisian aktiviti yang lebih menerapkan nilai seni budaya warisan tempatan agar dapat dihargai oleh pelancong-pelancong asing. Cadangan utama dari pihak resort ini adalah pengisian aktiviti yang berkait rapat dengan produk kraf warisan tempatan khususnya produk kraf dari Negeri Terengganu melalui cadangan mengadakan pusat jualan kraf tempatan, pameran kraf, demonstrasi kraf dan sebagainya.

    Daripada tinjauan yang dilakukan, didapati pusat percutian mewah ini masih mempunyai kekurangan dari segi unsur-unsur budaya warisan Malaysia yang sepatutnya boleh ditonjolkan kepada pelancong-pelancong asing yang datang menginap: Antaranya adalah:

    1) Tiada pusat jualan kraf warisan tempatan khususnya kraf dari Negeri
         Terengganu seperti jualan pelbagai produk batik, songket, produk anyaman,
     produk ukiran kayu dan produk aneka kraf. Oleh itu, pelancong-pelancong
     asing tidak dapat membawa pulang cenderahati produk kraf khusus dari
     Negeri Terengganu yang boleh dijadikan sebagai kenang-kenangan. Pusat
     kraf yang sedia ada di resort berkenaan hanya menjual sedikit sahaja produk
     kraf tempatan (produk luar Negeri Terengganu) & tiada hubungan atau jaringan
     perniagaan dengan pihak pengusaha kraf dari Negeri Terengganu secara kecil-kecilan 
     mahupun besar-besaran.

    2) Tiada pameran bermaklumat produk-produk kraftangan yang boleh dilihat
     dengan lebih dekat, difahami, dinilai dan dihargai oleh pelancong-pelancong.

    3) Hiasan dalaman & penggunaan produk sedia ada daripada semua sudut
    kawasan termasuk tempat menyambut tetamu, restoran mewah, bilik
    penginapan dan kawasan sekitarnya tiada tarikan dari segi nilai kebudayaan &
    lambang kesenian warisan tempatan yang boleh ditonjolkan & dinikmati oleh
    pelancong-pelancong asing.

   4) Pelancong-pelancong luar tidak dapat memahami dan melihat dengan lebih
   dekat tentang kebudayaan & kesenian Malaysia melalui kaedah
   penghasilan dan cara penggunaan produk kraf tradisional dalam kehidupan
   seharian yang boleh menarik perhatian mereka di resort ini.

   5) Tiada acara, upacara dan aktiviti kebudayaan/kesenian yang diadakan di resort berkenaan 
        untuk pelancong-pelancong asing yang datang menginap bagi memaparkan
   mengenai sejarah kehidupan dan budaya masyarakat Malaysia khususnya
   masyarakat melayu.

      Angota-anggota kerja PKKM Cawangan Terengganu yang hadir dalam lawatan rasmi kerja ini adalah seperti berikut:

      i)  Encik Zahir Bin Ahmad (Pengarah)
     ii)  Encik Md. Azrul Bin Hussien (Timbalan Pengarah) & 
     iii) Encik Mohammad Khairul Bin Mohamad Fuzi (Pegawai Promosi)

    Bagi pihak resort pula, Encik Rizal Yaakob (Penolong Pengurus Eksekutif) dan Encik Harniezam Nahar, (Pengurus Sukan & Rekreasi) adalah kakitangan-kakitangan resort yang bertanggungjawab untuk mengadakan perbincangan dua hala mengenai perkara ini bersama pihak PKKM Cawangan Terengganu. Ini adalah perjumpaan kali pertama diadakan. Pihak resort berkenaan telah meminta bantuan daripada pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu untuk berkongsi dalam memberi pendapat/ pandangan dan idea serta memerlukan kerjasama yang lebih erat lagi antara kedua dua belah pihak pada masa yang akan datang bagi mencapai objektif dan hasrat resort ini menjadikannya sebuah resort yang terkenal dengan adat dan budaya orang tempatan.

      Pengarah juga telah menjemput pihak resort ini untuk datang di Hari Bertemu Pelanggan 2011 di Pejabat PKKM Cawangan Terengganu untuk melihat & memahami dengan lebih dekat lagi peranan Kraftangan Malaysia kepada para pelanggannya dalam membantu dan memartabatkan industri kraf negara.

       Susulan dari pertemuan di pejabat Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu bersama 2 orang wakil dari Berjaya Redang Beach Resort, pihak PKKM Cawangan Terenganu dalam peringkat perbincangan dengan wakil persatuan pembatik dan koperasi penenun songket Terengganu bagi merealisasikan hasrat tersebut.

* Untuk makluman, pihak Berjaya Redang Beach Resort telah menukar namanya kepada nama yang 
  baru iaitu The Taaras selepas perjumpaan baru-baru ini.



Blog diupdate oleh:
Mohammad Khairul Bin Mohamad Fuzi
Pegawai Promosi
28 Julai 2011



Berikut adalah beberapa gambar sempena lawatan ini:





Di Bilik Perjumpaan Bersama Pihak Resort:








Sekitar Pemandangan Di Dalam & Luar Resort:



































Ahad, 10 Julai 2011

Bengkel Bimbingan Teknikal – Teknik Pemadanan Warna Anyaman dan Tenunan

Program         : Bengkel Bimbingan Teknikal – Teknik Pemadanan Warna Anyaman dan                     
                          Tenunan
Tarikh             : 4 hingga 6 Julai 2011 (Isnin – Rabu)
Tempat           : PKKM Cawangan Terengganu

Objektif:

Memperkenalkan kaedah pemadanan warna dengan memahami asas-asas teori warna dan pengaruh warna dalam kehidupan. Penekanan adalah pada bagaimana untuk mendapatkan sesuatu warna dengan lebih tersusun dan lebih menarik supaya dapat memberikan daya tarikan dan kelainan pada produk yang dihasilkan sama ada baru atau yang sudah sedia ada.

Tujuan:

Untuk mewujudkan produk-produk baru di pasaran terutamanya sempena aktiviti Promosi Aidilfitri dan Promosi Tekstil bagi tahun 2011.

Tenaga Pengajar:    1) Encik Abdul Halim Bin Ali (Ibupejabat)
                                    2) Puan Araiyah Binti Abdul Rahman (IKN)
                                    3) Puan Nor Azian Binti Mohd Amin (IKN)

Urusetia:                    1) Encik Mohd Nizam Bin Abu (Ibupejabat)
                                    2) Cik Siti Fatimah Zaharah Binti Halim (Ibupejabat)
                                    3) Anggota kerja PKKM Cawangan Terengganu

Penyertaan:              1) Anyaman – 19 peserta
                                    2) Tenunan – 28 peserta   


PKKM Cawangan Terengganu telah mengadakan satu Bengkel Bimbingan Teknikal – Teknik Pemadanan Warna Anyaman dan Tenunan pada 4 hingga 6 Julai 2011. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Bahagian Usahawan Ibupejabat serta turut dibantu oleh anggota kerja Unit Usahawan dan Teknikal Cawangan Terengganu. Bengkel yang berlangsung selama tiga hari ini telah disertai seramai 19 peserta dari bidang anyaman dan 28 peserta dari bidang tenunan dari negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang. Tenaga pengajar untuk bengkel ini diketuai oleh En. Abdul Halim dari Bahagian Rekaan Ibupejabat.

Kesimpulannya, bengkel ini telah berjaya mencapai objektifnya iaitu untuk memperkenalkan kaedah pemadanan warna dengan memahami asas-asas teori warna dan pengaruh warna dalam kehidupan kepada para usahawan kraf. Semua peserta terlibat telah memberikan komitmen dan semangat yang tinggi dalam mempelajari ilmu dan teknik yang diajarkan oleh tenaga pengajar sepanjang bengkel ini berlangsung.



JADUAL PROGRAM



HARI 1
4/7/2011
(Isnin)

1) Pengenalan Asas Teori Warna
·         Warna dan budaya
·         Bahasa warna di dalam seni
·         Roda warna
·         Hue, saturation and value

2) Kombinasi Warna
·         Monochromatic palettes
·         Triadic combination
·         Analogous grouping
·         Complimentary associations

3) Kombinasi Warna/Anyaman/Tenunan
·         Buku panduan pantone view colour planner
- Symmetry – summer 2011
- Mosaic – winter 2011
·         Palettes dari karya artis yang menggunakan warna sebagai inspirasi karya.


9.00 hingga 10.00 pagi





10.30 pagi hingga 12.30 tengahari




2.30 hingga 4.30 petang

HARI 2
5/7/2011
(Selasa)

4) Pencelupan Bahan
·         Pemilihan warna
·         Bancuhan warna
·         Pencelupan warna (berperingkat)
·         Pengeringan
·         Penilaian
·         Penambahbaikan
·         Dokumentasi proses


9.00 pagi hingga 12.30 tengahari



2.30 hingga 5.00 petang

HARI 3
6/7/2011
(Rabu)


5) Penilaian dan perbincangan pewarnaan
·         Penutup

9.00 pagi hingga 12.00 tengahari




  Hari Pertama (4 Julai 2011)







  




 











  Hari Kedua (5 Julai 2011)

  

















  Hari Ketiga (6 Julai 2011)











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...