Selasa, 14 Jun 2011

Pekan Budaya Daerah Besut & Festival Pantai Bukit Keluang 2011

Program anjuran Kerajaan Negeri Terengganu melalui Pejabat Daerah Besut ini telah dilaksanakan pada 27 Mei hingga 4 Jun 2011 yang lalu bertempat di Tapak Program, Tepi Pantai Bukit Keluang Besut, Terengganu. Program ini merupakan program pekan budaya yang paling panjang hari perlaksanaannya pernah dianjurkan setakat ini bagi Daerah Besut iaitu selama 10 hari, berbanding kebiasaannya dilaksanakan selama 7 hari sahaja. Disertai oleh pelbagai jabatan/agensi kerajaan, Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu turut dijemput oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu (Pejabat Daerah Besut) bagi menyertai program ini. Program ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr. A. Rahman Mokhtar, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu pada malam 28 Mei 2011.

Lokasi yang menarik dan pemandangan yang indah iaitu di tepi Pantai Bukit Keluang, Besut dan disebelah lautnya pula kelihatan Pulau Perhentian yang terletak tidak jauh dari pantai ini, merupakan satu lokasi yang agak sesuai dan santai untuk para pengunjung menikmati pemandangan disini sekaligus meramaikan lagi kehadiran pelawat ke program Pekan Budaya yang diadakan di tepi pantai ini.

Pengisian Aktiviti:


- Pameran Mini Maklumat Korporat


- Risalah Kraftangan Malaysia


- Borang Latihan Jangka Pendek 2011 (LJP 2011)


- Jualan Produk Tekstil Batik Dari Syarikat Dytiez Batik


- Jualan Produk Aneka Kraf Jahitan (Patchwork) Dari Syarikat Sabasyukri Enterprise


- Jualan Produk Kraf Anyaman Lekar (Nipah) Dari Syarikat Nipah Craft Collection










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...