Selasa, 31 Mei 2011

Majlis Pelancaran Koperasi Penunan Songket Terengganu Berhad

Koperasi Penunan Songket Terengganu Berhad merupakan satu koperasi yang ditubuhkan pada 15 November 2010 (jam 9.30 pagi) bertempat di Pejabat PKKM Cawangan Terengganu khusus untuk penenun-penenun songket dari Negeri Terengganu. Tuan Haji Shamsul Baharin Bin Abdul Mutalib (Bekas Pengarah PKKM Cawangan Terengganu) dari Syarikat Habibah Enterprise telah dilantik sebagai pengerusi bagi koperasi ini. Di awal penubuhan, satu mesyuarat agung permulaan telah diadakan di cawangan ini dengan dihadiri seramai 41 orang bakal anggota dan juga seorang pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Terengganu, Encik Azri Bin Adam. Di dalam perbincangan tersebut, mesyuarat telah bersetuju dengan sebulat suara untuk menubuhkan sebuah koperasi dengan tanggungan berhad yang menggunakan nama seperti diatas.


Definisi:

`Koperasi ialah pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 dengan matlamat untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan berdasarkan prinsip-prinsip koperasi ’.
(FAQ, Portal Rasmi Suruhanjaya Koperasi Malaysia)

Oleh yang demikian, koperasi ini ditubuhkan atas tujuan mengutamakan keperluan dan perkhidmatan kepada semua ahli-ahli tenunan songket yang berdaftar bagi memberi faedah dan kebaikan kepada aktiviti perniagaan masing-masing.
Pada 18 Mei 2011 (Rabu) yang lalu, telah berlangsung satu majlis pelancaran logo rasmi Koperasi Tenunan Songket Terengganu Berhad bertempat di Dewan Blok G, PKKM Cawangan Terengganu yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan Dan Koperasi Negeri Terengganu, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohamed Bin Awang Tera. Majlis ini turut dihadiri oleh Encik Zahir Bin Ahmad (Pengarah PKKM Cawangan Terengganu), Encik Umar Sarim Bin Saidin (Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Terengganu) dan ahli-ahli koperasi.
Berlangsung selama kira-kira tiga(3) jam dari 2.30 petang hingga ke 5.30 petang, majlis ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat sokongan penuh daripada semua pihak yang terlibat. Logo rasmi bagi koperasi ini (Kop Songket) telah dipersembahkan semasa majlis ini berlangsung.






















Isnin, 23 Mei 2011

Perlawanan Tenpin Boling Warga KPKK Negeri Terengganu 2011


Tarikh : 5 Mei 2011

Masa : 8.30 - 11.00 malam
Tempat : Pusat Boling Terengganu Equestrian Resort, Kuala Ibai, Kuala Terengganu

Satu perlawanan bowling di antara jabatan dan agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan Negeri Terengganu telah diadakan pada 5 Mei 2011. Kelab Sukan & Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu telah dipilih selaku penganjur bagi perlawanan tersebut. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan mesra dan kerjasama di kalangan warga jabatan/agensi di bawah KPKK Negeri Terengganu.                                                                                          

Berikut adalah senarai pemenang bagi Perlawanan Tenpin Boling Berpasukan Warga KPKK Terengganu 2011:

Juara : Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Terengganu
Naib Juara : Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) Terengganu
Tempat Ketiga : Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Terengganu

Bowlers Individu (Masters) : Mohd Khairudin bin Hanippah















Bengkel Latihan HRMIS-ON Cuti dan SKT-LNPT

Baru-baru ini, Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu telah dikunjungi oleh seramai empat pegawai dari Bahagian Khidmat Pengurusan yang diketuai oleh Penolong Pengarah (Unit Pengurusan Sumber Manusia) iaitu Encik Syardi Bin Mohammad  bagi satu sesi bengkel Latihan HRMIS-ON Cuti dan SKT-LNPT. Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi maklumat dan penerangan dengan lebih jelas kepada anggota-anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu mengenai sistem ini. Seisi penerangan telah dimulakan pada jam 9.30 pagi, meliputi tajuk-tajuk utama sehinggalah kepada sesi soal jawab di akhirnya.  









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...