Selasa, 4 Oktober 2011

Clean Batik Initiative (CBI)

Tarikh : 13 September 2011 (Selasa)

Masa : 9.30 am

Tempat: Dewan Blok G, PKKM Cawangan Terengganu

Anjuran: Dewan Perniagaan Industri dan Perdagangan Malaysia – Jerman /

Malaysia-German Chamber of Industry and Commerce (MGCC)


dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia


Cawangan Terengganu


Dewan Perniagaan Industri dan Perdagangan Malaysia-Jerman adalah Dewan Perniagaan Dua Hala Malaysia - Jerman yang ditubuhkan pada tahun 1991. Ia telah menjalankan beberapa projek dalam bidang tenaga boleh diperbaharu dan kecekapan tenaga sejak beberapa tahun lalu dengan tumpuan lebih diberikan kepada Pantai Timur Malaysia, yang juga menempatkan sebahagian besar industri batik Malaysia serta merupakan kawasan yang kurang pembangunan di Malaysia. Dalam projek yang dinyatakan diatas, tumpuan selalunya adalah untuk mebantu IKS tempatan mengembangkan kemahiran mereka, membangunkan kaedah kemahiran mampan dan meningkatkan keupayaan untuk pengantarabangsaan.

Sasaran bagi program Clean Batik Initiative (CBI) ini adalah untuk mengurangkan kesan negatif persekitaran akibat pengeluaran batik dan pada masa yang sama memaksimumkan pendapatan IKS dan memperbaiki persekitaran pekerjaan dan keselamtan pekerja. Dengan mengambil bahagian dalam program ini, ia merupakan peluang yang baik bagi IKS batik untuk menikmati penjiamtan sehingga 100% dalam latihan, perundingan dan sokongan promosi perniagaan.

Pada 13 September 2011 lalu, satu pertemuan telah diadakan bersama-sama dengan Pengarah PKKM Cawangan Terengganu, Encik Zahir Bin Ahmad dan para pegawai yang terlibat, wakil MGCC Mr. Thomas Brandt, wakil Unit Perancang Ekonomi Negeri, wakil Jabatan Alam Sekitar dan Persatuan Pembatik Terengganu. Sesi taklimat ini telah dimulakan oleh En. Thomas Brandt mengenai projek Clean Batik Initiative ini dan perbincangan selanjutnya secara bersama oleh semua pihak yang terlibat.

Hasil daripada pertemuan ini, projek CBI ini akan mula berjalan selama lebih kurang 6 hingga 8 bulan bermula pada pertengahan Oktober ini dan akan melibatkan seramai 20 usahawan kraf (Small Medium Enterprise) Negeri Terengganu. Pihak Dewan Perniagaan Industri dan Perdagangan Malaysia-Jerman juga telah meminta bantuan daripada Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu untuk mendapatkan 2 atau 3 orang penasihat teknikal tempatan (Technical Consultant) bagi memantau projek yang dijalankan ini.








Selepas perbincangan diadakan, lawatan ke tapak bengkel usahawan-usahawan kraf telah diadakan dan bengkel-bengkel tersebut adalah seperti berikut:

i) Pelangi Batik





  

ii) Citrawarna Batik





   
   
iii) Rosazlin Collection


iv) Nozi Batik


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...