Khamis, 15 Disember 2011

Ketua-ketua unit PKKM Cawangan Terengganu

Senarai terbaru bagi ketua-ketua unit PKKM Cawangan Terengganu:

- Ketua Unit Teknikal & Pembangunan Standard : Encik Mohd Suhaimi Bin Zakaria


- Ketua Unit Rekaan: Encik Md. Azrul Bin Hussien


- Ketua Unit Promosi & Pemuliharaan : Encik Mohammad Khairul Bin Mohamad Fuzi

- Ketua Unit Usahawan: Puan Sukma Wati Binti Mohd Mokhtar


- Ketua Unit Pentadbiran & Kewangan: En. Mohd Yusoff Bin Abdullah

Rabu, 16 November 2011

Acara/Program yang akan datang

Takwim ringkas bagi event yang akan datang di Negeri Terengganu:

1) Program: Moonsun Cup Terengganu 2011
    Tarikh   : 22 - 27 Nov 2011
    Tempat: Pulau Duyong, Kuala Terengganu
   

Selasa, 15 November 2011

Selamat Datang Pengarah Baru


Seluruh warga kerja PKKM Cawangan Terengganu ingin mengucapkan selamat datang dan selamat berkhidmat kepada Pengarah yang baru, Encik Khairul Hafizi Bin Naharuddin di Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu.


Penempatan Lama    : Ketua Jurusan Seni Kraf Logam
                                  Institut Kraf Negara (IKN)
Penempatan Baru     : Pengarah,
                                  PKKM Cawangan Terengganu

Tarikh mula bertugas: 20 Oktober 2011

Rabu, 2 November 2011

Majlis Perpisahan En. Zahir Bin Ahmad



Satu majlis perpisahan yang dibuat khas untuk Pengarah PKKM Cawangan Terengganu, En. Zahir Bin Ahmad telah diadakan di Dewan Blok G, PKKM Cawangan Terengganu pada sebelah malam selepas Hari Keluarga. Majlis bermula pada jam 8.30 malam. Semua anggota kerja bersama ahli keluarga masing-masing datang memeriahkan dan meraikan majlis perpisahan En. Zahir Bin Ahmad sebagai tanda mengenang jasanya di cawangan ini. Disamping majlis jamuan makan, diselitkan acara pemberian hadiah-hadiah kepada para pemenang untuk acara sukan sempena hari keluarga, cabutan bertuah dan juga hadiah cenderamata dari setiap unit PKKM Cawangan Terengganu kepada En. Zahir Bin Ahmad sebagai tanda kenang-kenangan dan ingatan sepanjang masa pihak PKKM Cawangan Terengganu kepadanya.


Pengarah PKKM Cawangan Terengganu : En. Zahir Bin Ahmad

Tarikh mula bertugas                                : Oktober 2009

Tarikh akhir bertugas                               : Oktober 2011


Penempatan Baru                                    : Timbalan Pengarah,

                                                                 Unit Pengurusan Perkhidmatan,

                                                                 Institut Kraf Negara (IKN), Rawang, Selangor.

Tarikh mula bertugas                               : 20 Oktober 2011


Pihak PKKM Cawangan Terengganu ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada En. Zahir Bin Ahmad yang telah banyak memberikan jasa dan tunjuk ajar kepada anggota-anggota kerja terutamanya anggota-anggota kerja yang baru sepanjang menjadi pengarah di cawangan ini dan ucapan selamat maju jaya juga disampaikan kepadanya sempena bertugas di Institut Kraf Negara di Rawang bermula 20 Oktober 2011 yang lalu.





Hari Keluarga PKKM Cawangan Terengganu

Hari Keluarga bagi PKKM Cawangan Terengganu telah diadakan pada 15 Oktober 2011 (Jumaat) yang lalu bermula jam 4.00 petang. Secara ringkas, PKKM Cawangan Terengganu mempunyai gelanggang sukan yang agak luas meliputi gelanggang bola tampar, gelanggang sepak takraw dan kawasan padang dan sangat sesuai untuk aktiviti sukaneka. Sambutan agak menggalakkan dari semua anggota kerja bersama keluarga masing-masing yang mula mendaftar kehadiran di kaunter pendaftaran dan mengambil kertas nombor untuk cabutan bertuah. Pada kali ini, acara dibuat secara santai sahaja dan sambutannya meriah. Antara acara sukaneka yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

1) Pertandingan Sukan Bola sepak

2) Pertandingan Sukan Bola Tampar

3) Kerusi Muzik

4) Bowling Kelapa

5) Isi Air Dalam Botol




















 















Rabu, 19 Oktober 2011

Program Promosi Terbaru pada masa akan datang

Sukacita dimaklumkan takwim ringkas program promosi terbaru di peringkat Negeri Terengganu oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan pihak yang terlibat :

1) Program: Karnival Rapat 1Malaysia
    Tarikh   : 10 - 12 November 2011 (3 hari)
    Lokasi  : Taman Awam Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu
    *Anjuran : Jabatan Khal Ehwal Khas (JASA) dengan kerjasama Kelab Belia Generasi Prihatin Kuala
                    Terengganu
2) Program: Terengganu Showcase 2011   
    Tarikh    : 25 - 27 November 2011 (3 hari)
    Lokasi   : Plaza Angsana, Johor Bahru
    Anjuran : Kerajaan Negeri Terengganu melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu
Sekian untuk makluman.

* Pembetulan

Ahad, 16 Oktober 2011

Majlis perhimpunan Pagi Bulan September 2011

Perhimpunan pagi bagi Bulan September telah dilangsungkan di Dewan Blok G, PKKM Cawangan Terengganu pada 29 September 2011, jam 9.00 pagi. Encik Zahir Bin Ahmad, Pengarah PKKM Cawangan Terengganu telah menyampaikan beberapa amanat kepada seluruh warga kerja PKKM Cawangan Terengganu dan perkara-perkara yang terbaru untuk program dan aktiviti di cawangan seterusnya.






Selasa, 11 Oktober 2011

Kejadian Ribut Sempena Pekan Budaya Daerah Kuala Terengganu 2011




Program Pekan Budaya Daerah Kuala Terengganu 2011 adalah merupakan program promosi tahunan anjuran Kerajan Negeri Terengganu melalui agensinya Pejabat Daerah Kuala Terengganu dan program ini telah berlangsung pada 22 hingga 28 Oktober 2011 yang lalu. Pada tahun ini, lokasi program yang terpilih adalah di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.


Pelbagai jabatan/agensi telah menyertai program ini termasuklah PKKM Cawangan Terengganu. Penglibatan dalam pameran ini merupakan satu bentuk sokongan kepada Kerajaan Negeri Terengganu dalam salah satu cara penyampaian saluran maklumat dan aktiviti pelbagai agensi/jabatan kepada masyarakat umum.

PKKM Cawangan Terengganu turut menyertai program ini dengan keluasan yang diperuntukkan berukuran 20’ x 40’ (2 Lot @ 20’ x 20’). Antara aktiviti yang diadakan di dalam booth PKKM Cawangan Terengganu adalah jualan produk kraf melibatkan pelbagai bidang kraf dan pameran maklumat korporat PKKM Cawangan Terengganu.


Usahawan-Usahawan kraf yang terlibat dalam aktiviti jualan ini adalah:

1. Citrawarna Batik - Tekstil (Produk Batik)

2. Puteri Suraya Batik - Tekstil (Produk Batik)

3. Inai Qausar Heritage - Produk Aneka Kraf (Hiasan & Cenderamata)

4. Sabasyukri Enterprise - Produk Aneka Kraf (Seni Sulam Tampal / Patchwork)

5. Danish Smart Enterprise - Produk Aneka Kraf (Perhiasan Kristal)

6. SAF Aneka Kraf - Produk Aneka Kraf (Kotak Cenderamata)

7. A&M Global Sdn. Bhd. - Produk Logam (Aksessori & Perhiasan Wanita)


Walaubagaimanapun, pada 27 September 2011, sehari sebelum tamat program ini, satu kejadian ribut telah melanda di seluruh kawasan Dataran Shahbandar yang menjadi lokasi berlangsungnya program Pekan Budaya Daerah Kuala Terengganu 2011 ini. Kejadian ini telah berlaku di antara jam 9.00 hingga 9.15 malam. Ribut ini turut disertai dengan hujan lebat dan telah menyebabkan kebanyakan kanopi pelbagai agensi/jabatan dan peserta jualan yang terlibat di dalam program ini di seluruh kawasan berkenaan ranap. Turut musnah adalah sebuah pentas yang digunakan untuk upacara perasmian dan aktiviti-aktiviti kebudayaan bersempena program ini. Dua buah kanopi PKKM Cawangan Terengganu turut diterbangkan oleh angin ribut dan memusnahkan kebanyakan peralatan dan props di dalamnya yang selalu digunakan untuk program-program promosi luar. Bagi mengelakkan lebih banyak risiko props rosak atau hilang pada waktu kejadian, barang-barang tersebut telah dibawa pulang ke pejabat pada malam yang sama.

Sebelum KejadianRibut






Selepas Kejadian Ribut


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...