Khamis, 30 Disember 2010

FESTIVAL SONGKET, BATIK & KRAF TERENGGANU 2010 


















Festival Songket, Batik & Kraf Terengganu merupakan program promosi rasmi tahunan bagi kalendar aktiviti Kerajaan Negeri Terengganu yang dilaksanakan melaui agensinya, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu dan Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu. Program ini telah pun dilaksanakan sebanyak 6 kali iaitu pada tahun 2001, 2006, 2007, 2008, 2009 dan yang paling terbaru berlangsung pada 25 November sehingga 5 Disember 2010 yang lalu bertempat di Galeri B, Pusat Dagangan Terengganu, Bandar Kuala Terengganu. Perasmian program ini dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan Dan Koperasi Negeri Terengganu, Yang Berbahagia Dato’ Hj. Mohamed Bin Awang Tera pada 25 November 2010 jam 10.30 pagi. Turut hadir bersama adalah Pengarah PKKM Cawangan Terengganu, En. Zahir Bin Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif YPU Terengganu, Tuan Hj. Azmi Bin Razik, serta beberapa pegawai daripada jabatan-jabatan yang terlibat. Tema pada kali ini adalah menjulang batik dan songket sebagai industri.

Sebanyak 39 penyertaan jualan usahawan kraf, 10 demonstrasi kraf, 5 demonstrasi masakan kuih menggunakan peralatan tradisional, pameran 5 agensi dan 10 usahawan-usahawan UPEN sempena festival ini dan turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sampingan yang dirancang untuk menarik minat orang ramai datang berkunjung. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...