Rabu, 29 September 2010

MAJLIS PERSARAAN PUAN SITI HALIMAH BT. MAT ADAM & PERPISAHAN EN. NIK AZREEN B. NIK ALUI

                                                            
                                                             Tarikh: 27 September
                                                                Masa: 3.30 petang
                             Tempat: Perkarangan Hadapan PKKM Cawangan Terengganu













Majlis bagi meraikan persaraan Pn. Siti Halimah Bt. Mat Adam telah diadakan setelah berakhirnya Majlis Mesra Aidilfitri 2010. Puan Siti Halimah telah menamatkan perkhidmatannya di dalam Kraftangan Malaysia pada 16 September 2010 setelah kira-kira 32 tahun berkhidmat.
Di samping itu juga, En. Nik Azreen B. Nik Alui yang akan memulakan tugas baru di Kompleks Kraf Langkawi juga telah diraikan pada majlis ini. Beliau telah berkhidmat hampir 3 tahun di Cawangan Terengganu.
Pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu ingin mengucapkan “Selamat Maju Jaya” kepada Pn. Siti Halimah dan “Selamat Bertugas Di Tempat Baru” kepada En. Nik Azreen Nik Alui. Terima kasih di atas segala jasa dan sumbangan yang telah anda berdua berikan.

MAJLIS MESRA AIDILFITRI 2010 ANJURAN PKKM CAWANGAN TERENGGANU


                                                     Tarikh: 27 September 2010
                                                 Masa: 11.00 pagi – 3.00 petang
                         Tempat: Perkarangan hadapan PKKM Cawangan Terengganu














                




















Kira-kira 500 tetamu yang terdiri daripada usahawan, kontraktor, pegawai-pegawai kerajaan Negeri dan Persekutuan  serta ahli keluarga kakitangan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu telah menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri 2010 yang berlangsung dengan penuh meriah di perkarangan hadapan PKKM Cawangan Terengganu pada 27 September 2010. Majlis telah dimulakan pada jam 11 pagi dan berakhir  pada 3 petang. 

PERJUMPAAN PENGARAH CAWANGAN BERSAMA USAHAWAN TEMBAGA KG LADANG


                              Tarikh: 27 September 2010
                              Masa: 9.30 – 11.00 pagi
                              Tempat: Dewan Blok G, PKKM Cawangan Terengganu




  
Perjumpaan di antara Pengarah Cawangan, En. Zahir B. Ahmad, Penolong Pengarah Pembangunan Usahawan, En. Md. Azrul B. Hussien dengan usahawan tembaga Kg. Ladang telah diadakan pada 27 September 2010 pada jam 9.30 pagi.
Perjumpaan ini adalah bertujuan untuk membincangkan berkenaan dengan isu penempatan semula perusahaan kraf tembaga di Kg. Ladang dan isu pembekalan bahan mentah tembaga. Seramai 14 orang usahawan tembaga dari Kg. Ladang telah menyertai perjumpaan ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...