Rabu, 11 Ogos 2010

LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM DAN APLIKASI DARIPADA BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DI PKKM CAWANGAN TERENGGANU


Bahagian Teknologi Maklumat telah mengadakan sesi latihan penggunaan sistem dan aplikasi di PKKM Cawangan Terengganu yang telah dihadiri oleh pegawai dan anggota kerja cawangan. Sesi latihan ini telah diadakan pada 9 dan 10 Ogos 2010. En. Mohd Hafiz Bin Sabri, pegawai dari Bahagian Teknologi Maklumat telah menjadi pengajar bagi sesi latihan ini dan telah dibantu oleh En. Mohd. Anis.

Atucara Program Latihan:

Isnin, 9 Ogos 2010

  • Pengenalan sistem dan aplikasi yang terdapat di Kraftangan Malaysia
  • Pengenalan aplikasi e-mail, sistem pengurusan dokumen (SPD), E-industri dan E-latihan.
  • Pengenalan kepada sistem HRMIS, mediabank dan aplikasi web blog

Selasa, 10 Ogos 2010
  • Latihan pengurusan sistem mediabank kepada wakil Jurulapor dan Jurufoto Cawangan Terengganu
  • Latihan pembangunan dan pengurusan blog kepada wakil Jurulapor dan Jurufoto
  • Latihan secara face to face berkenaan penggunaan sistem dan aplikasi Kraftangan Malaysia kepada anggota kerja cawangan


















LAWATAN SAMBIL BELAJAR BAGI PESERTA LATIHAN JANGKA PENDEK (LJP 2010) KRAF TENUNAN, TEMBAGA, BATIK DAN ANYAMAN SERTA USAHAWAN KRAF NEGERI TERENGGANU



Unit Pembangunan Usahawan PKKM Cawangan Terengganu telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar Bagi Peserta Latihan Jangka Pendek (LJP 2010) Kraf Tenunan, Tembaga, batik dan Anyaman serta Usahawan Kraf Negeri Terengganu pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2010.

 Penglibatan peserta di dalam lawatan sambil belajar ini adalah sepertimana berikut:-

Peserta                                                                                       Penglibatan
i.    Urusetia / Pegawai Pengiring                                                        7 orang
ii.   Peserta LJP 2010                                                                       21 orang
iii.  Usahawan / Pengusaha Kraf                                                       12  orang

Jadual Lawatan
Hari Pertama
                      Perjalanan dari PKKM Cawangan Terengganu ke Kuala   
                        Lumpur
           
Hari Kedua
          Lawatan ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur bersempena 
            Promosi Kerja Kahwin 2010
          Lawatan ke Muzium Negara 

Hari Ketiga
          Lawatan ke Institut Kraf Negara (IKN) Rawang, Selangor
          Lawatan ke Pusat Tenunan Pahang Di Raja, Pulau Keladi, 
            Pekan, Pahang
          Bertolak balik ke PKKM Cawangan Terengganu

Lawatan ke Kompleks Kraf Kuala lumpur

Bersempena Promosi Kerja Kahwin 2010 yang akan diadakan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada 24 Julai hingga 2 Ogos 2010, peserta-peserta telah berpeluang untuk melihat sendiri aktiviti promosi yang akan diadakan pada temasya tersebut. Pelbagai aktiviti yang diadakan sempena promosi ini termasuklah jualan usahawan, pameran, demonstrasi, pendidikan kraf dan sebagainya. Pendedahan ini sedikit sebanyak dapat membuka mata para peserta latihan dan juga usahawan tentang peluang berniaga terutamanya di bandaraya Kuala Lumpur.

 Lawatan ke Institut Kraf Negara

Dalam lawatan ini juga peserta-peserta telah didedahkan kepada proses-proses pembuatan dan mempelajari bagaimana teknik dan kaedah yang dipelajari oleh pelajar-pelajar yang sedang menuntut di IKN. Lawatan ini secara tidak langsung dapat memberi impak yang berkesan kepada para peserta semasa lawatan tersebut.

Lawatan ke Pusat Tenunan Pulau Keladi, Pekan

Pusat Tenunan Pulau Keladi, Pekan Pahang adalah merupakan pusat tenunan yang terkenal dalam membangunkan tenunan songket yang dikenali sebagai tenun Pahang DiRaja. Ianya juga adalah merupakan salah satu projek Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Tenunan Daerah Pekan. Produk tenunan Pahang dari Pekan kini menerima lambang diraja dan didatangkan dengan kualiti unik dan hasil tangan terbaik. Para peserta terutama peserta dari bidang tenunan dan juga usahawan dapat melihat sendiri dengan lebih dekat bagaimana tenunan ini diperbuat serta mempelajari teknik-teknik yang dihasilkan agar dapat dibawa manfaat kepada peserta latihan.


Lawatan sambil belajar ini  dapat memberi pendedahan dan membuka minda secara langsung dan tidak langsung kepada para peserta Latihan Jangka Pendek dan usahawan dalam mempelajari, menimba ilmu serta mencari pengalaman dalam menghasilkan produk kraf. Lawatan ini juga sedikit sebanyak dapat menjadi pembakar semangat kepada peserta agar dapat meningkatkan lagi mutu penghasilan produk kraf.





Gambar kenangan peserta LJP 2010 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur

Peserta mendengar taklimat daripada Pegawai Muzium Negara

Lawatan di Muzium Negara

Lawatan peserta di IKN 

Lawatan peserta di IKN

Peserta mendengar penerangan daripada pengajar 
di IKN mengenai proses tenunan

Lawatan ke bahagian latihan tenunan di IKN


Lawatan di Pulau Keladi

Peserta membuat lawaran di Pusat Tenun Pulau Keladi


SUKAN PERSAHABATAN DI ANTARA PKKM CAWANGAN TERENGGANU & PAHANG 2010




Acara: Sukan Persahabatan Antara PKKM Terengganu dan Pahang
Tarikh : 6-7 Ogos 2010 (Jumaat dan Sabtu)
Tempat : PKKM Cawangan Terengganu

Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia (KSKKM) Cawangan Terengganu telah menganjurkan Sukan Persahabatan di antara PKKM Cawangan Terengganu dan PKKM Cawangan Pahang. Cawangan Pahang telah menghantar wakil seramai 15 orang yang terdiri daripada staf lelaki dan wanita. Perlawanan ini telah bermula pada hari Jumaat, 6 Ogos 2010 di Dewan Futsal dan Badminton Chendering pada jam 3.30 petang. Perlawanan pembukaan bagi acara sukan ini telah dimulakan dengan perlawanan futsal dan diikuti dengan badminton lelaki dan wanita. Pada sebelah malam pula, aktiviti memancing telah diadakan pada jam 8.30 malam. Aktviti ini melibatkan wakil dari kedua-dua cawangan serta Pengarah PKKM Cawangan Terengganu sendiri.

Pada hari berikutnya, bermula jam 9.30 pagi, perlawanan bola tampar bagi lelaki dan wanita telah diadakan. Setelah selesai, acara diteruskan dengan aktiviti sukan dan permainan indoor di dewan Blok G. Perlawanan yang telah diadakan adalah seperti pingpong, carrom dan dart.

Majlis penutup dan seisi penyampaian cenderahati telah diadakan pada jam 2.30 petang di dewan Blok G, PKKM Terengganu. Pengarah Cawangan Terengganu, En. Zahir B. Ahmad yang juga merupakan penasihat bagi KSKKM Cawangan Terengganu telah sudi meluangkan masa bagi menghadiri majlis penutup sukan persahabatan ini.

Perincian acara-acara yang telah diadakan adalah seperti berikut:

TARIKH
MASA
AKTIVITI
TEMPAT

6/8/2010
Jumaat

3.00 – 4.00 petang

3.00 – 5.00 petang


  • Futsal Lelaki

  • Badminton
-Perseorangan Lelaki dan Wanita
-Beregu Lelaki dan Wanita

  • Minum petang




Dewan Futsal dan Badminton Chendering

6/8/2010
Jumaat

8.30 malam - selesai

  • Memancing

Pulau Kerengga dan Dataran Syahbandar


7/8/2010
Sabtu




9.00 – 10.30 pagi




  • Minum pagi

  • Bolatampar
-Lelaki dan Wanita


Gelanggang Bolatampar PKKM Terengganu


7/8/2010
Sabtu

10.30 pagi













2.00 petang


  • Ping pong
-Perseorangan Lelaki
-Beregu Lelaki
-Perseorangan Wanita
-Beregu Wanita

  • Dart
-Beregu Lelaki dan  Wanita

  • Carom

  • Penyampaian Cenderahati
  • Makan tengahari








Dewan Blok G, PKKM Terengganu


                                                                    Gambar-gambar


Gambar kenangan sebelum perlawanan futsal dimulakan


Perlawanan futsal

Perlawanan badminton lelaki

Perlawanan badminton wanita

Para pemain menikmati jamuan ringan

Gambar kenangan pasukan Cawangan Terengganu
sebelum perlawanan bola tampar dimulakan

Perlawanan bola tampar lelaki

Perlawanan bola tampar wanita

Perlawanan pingpong lelaki

Perlawanan pingpong wanita

Pertandingan Dart

Pertandingan Carrom Wanita

Pertandingan Carrom Lelaki

Majlis penutup

Penyampaian cenderahati daripada Pengarah Cawangan Terengganu
 kepada wakil Cawangan Pahang
Penyampaian cenderahati kepada pemain-pemain
daripada Cawangan Pahang

Pengerusi KSKKM  Terengganu mewakili Cawangan Terengganu
 menerima cenderahati bagi Piala 'Outstanding Team'
yang dimenangi oleh Cawangan Terengganu



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...