Khamis, 15 Julai 2010

HARI BERTEMU PELANGGAN 2010 DI PKKM CAWANGAN TERENGGANU









































Program: Hari Bertemu Pelanggan 2010
Tarikh : 12 Julai 2010 (Isnin)
Masa : 10.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : PKKM Cawangan Terengganu

PKKM Cawangan Terengganu telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan Kraftangan Malaysia 2010 pada 12 Julai 2010 di sekitar perkarangan pejabat selaras dengan penetapan bahawa pada tanggal tersebut adalah merupakan Hari Bertemu Pelanggan bagi peringkat Ibupejabat dan semua cawangan Kraftangan Malaysia. Di PKKM Cawangan Terengganu, Kira-kira 100 orang tetamu telah hadir untuk memeriahkan program ini termasuklah para usahawan kraf, pihak jabatan dan agensi seperti Jabatan Penyiaran Malaysia. Taklimat mengenai latar belakang dan peranan Kraftangan Malaysia telah bermula pada jam 10.00 pagi telah dan disampaikan oleh Pengarah PKKM Cawangan Terengganu, Encik Zahir Bin Ahmad di Dewan Blok G, PKKM Cawangan Terengganu.

Pada Hari Bertemu Pelanggan ini selain daripada taklimat, pelbagai aktiviti lain telah diadakan untuk memeriahkan lagi program ini iaitu:

1) Pameran Produk Kraf Negeri Terengganu
Lokasi: Di Bilik Pameran Utama dan Bilik Galeri Seni Warisan,
Bahagian Hadapan PKKM Cawangan Terengganu

Bilik Pameran Utama dan Bilik Seni Warisan yang mempunyai pelbagai khazanah kraf lama dan baru khusus dari Negeri Terengganu telah dipamerkan untuk dikunjungi oleh para tetamu dan jemputan yang hadir.

2) Booth Pameran
Lokasi: Di Kawasan tempat letak kereta,
Bahagian Hadapan PKKM Cawangan Terengganu

Beberapa agensi dan syarikat swasta telah dijemput membuat pameran
di booth-booth yang disediakan seperti:

- Biro Pengaduan Awam (BPA) untuk menerima aduan daripada orang ramai.
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk perkhidmatan pendaftaran syarikat.
- Terengganu Institute Of Design Excellence (TiDE) yang membuat pameran produk
kraf dan juga memperkenalkan rekaan-rekaan kraf yang terkini.
- Syarikat Alaf Wawasan untuk memperkenalkan mesin-mesin khususnya untuk
kegunaan bidang kraf tembaga dan kayu.
- Kaunter Pemudahcara Kraftangan Malaysia

3) Jualan Kraf 1Malaysia
Lokasi: Di kawasan tempat letak kereta,
Bahagian Hadapan PKKM Cawangan Terengganu

Tidak ketinggalan juga, produk 1Malaysia dari Karyaneka seperti baju batik 1Malaysia pelbagai saiz (lelaki, perempuan & kanak-kanak), key-chain 1Malaysia dan Colar Pin 1Malaysia turut dijual dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan tetamu-tetamu yang hadir pada hari tersebut.

4) Aktiviti Pendidikan Kraf
Lokasi: Di Hadapan Bilik Pameran Utama PKKM Cawangan Terengganu

Aktiviti pendidikan kraf juga telah diadakan melibatkan aktiviti mencanting batik dan tenunan tapestry di mana seramai 68 peserta dari beberapa buah sekolah rendah dan menengah di sekitar Kuala Terengganu telah hadir dengan beserta guru pengiring. Pada kali ini, para peserta bukan sahaja diajar membuat produk kraf tersebut oleh tenaga pengajar yang dilantik tetapi juga turut diadili untuk dipilih sebagai pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga di akhir program. Selain daripada para peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah, guru-guru pengiring juga tidak ketinggalan untuk mencuba mencanting batik untuk memeriahkan lagi suasana.

5) Lawatan Berpandu Berkumpulan
Lokasi: Sekitar PKKM Cawangan Terengganu

Dengan adanya aktiviti-aktiviti yang tersebut, kesempatan ini telah diambil oleh beberapa kumpulan termasuk pihak sekolah dan individu untuk membuat lawatan di sekitar PKKM Cawangan Terengganu pada Hari bertemu Pelanggan ini. Lawatan telah diiringi oleh pegawai bertugas meliputi Bilik Pameran, Bilik Warisan Seni, pameran-pameran agensi, Gerai Karyaneka, Pusat Inkubator (Aneka Kraf, Tenunan & Tembaga), Bengkel Inovasi Tenunan dan sebagainya.


Program Hari Bertemu Pelanggan Kraftangan Malaysia 2010 ini secara tidak langsung telah memberi impak yang besar kepada para pengunjung yang terdiri daripada para usahawan kraf, pihak agensi yang terlibat dan orang ramai. Dengan kaedah pendekatan melalui taklimat, pameran bermaklumat dan sebagainya akan memberi penjelasan secara lebih mendalam mengenai peranan Kraftangan Malaysia secara menyeluruh pada program tersebut. Dengan adanya program sebegini akan mengeratkan lagi hubungan yang sedia ada antara warga PKKM Cawangan Terengganu khususnya dengan para usahawan kraf dan pihak jabatan serta agensi lain untuk terus bersama-sama membantu mengangkat dan memartabatkan industri kraf di Negeri Terengganu khasnya dan industri kraf negara amnya.

Rabu, 7 Julai 2010

BENGKEL REKABENTUK & PENGELUARAN PRODUK ANYAMAN MENGKUANG, BEMBAN DAN BERTULANG








Tempat : Dewan Blok C, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Cawangan Terengganu

Tarikh : 3 - 7 Julai 2010

Jumlah Peserta : 16 orang

Urusetia : R&D Ibupejabat & Cawangan Terengganu


Bengkel Rekabentuk dan Pengeluaran Produk Anyaman Mengkuang, Bemban & Bertulang telah diadakan dengan jayanya pada 3 hingga 7 Julai 2010 bertempat di PKKM Cawangan Terengganu. Seramai 16 orang usahawan telah terlibat dalam bengkel ini. Program ini telah melibatkan usahawan-usahawan dari negeri Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Sarawak. Program ini adalah merupakan kesinambungan daripada program-program yang telah diadakan sebelum ini. Program ini juga adalah merupakan program usahasama di antara Bahagian Rekaan Ibupejabat dan PKKM Cawangan Terengganu.

Sebanyak 14 rekabentuk produk baru telah berjaya dihasilkan oleh peserta-peserta bengkel. Sesi penutup telah diadakan pada 6 Julai 2010 dan telah disempurnakan oleh En. Md. Azrul Hussien.




Aktiviti Kraftangan Sempena Hari Koperasi Sekolah 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nering, Jertih, Besut, Terengganu







Pada 29 Jun 2010, satu aktiviti Kraftangan telah diadakan di Foyer Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nering, Jertih, Besut, Terengganu. Aktiviti ini diadakan bersempena dengan Hari Koperasi 2010 sekolah berkenaan, bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 2.00 petang di atas jemputan pihak sekolah tersebut. Aktiviti yang diadakan termasuklah pameran mini maklumat Kraftangan Malaysia dan aktiviti pendidikan kraf anyaman bertulang yang melibatkan 30 peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah tersebut yang terpilih. Seramai 5 anggota kerja PKKM Cawangan Terengganu telah menguruskan aktiviti ini yang diketuai oleh Pegawai Penyelaras, Encik Mohammad Khairul Bin Mohamad Fuzi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...