Rabu, 30 Jun 2010

Mesyuarat Agong Kelab Sukan & Kebajikan Kraftangan Malaysia (KSKKM) Cawangan Terengganu Sesi 2010/2012














Tarikh
: 22 Jun 2010
Masa : 2.30-4.00 petang
Tempat : Dewan Blok D, PKKM Cawangan Terengganu

Mesyuarat Agong Kelab Sukan & Kebajikan Kraftangan Malaysia (KSKKM) Cawangan Terengganu telah diadakan pada 22 Jun 2010 (Selasa) pada jam 2.30 hingga 4.00 petang. Mesyuarat ini telah diadakan di Dewan Blok D, PKKM Cawangan Terengganu. Tujuan mesyuarat agong ini diadakan adalah untuk membentangkan laporan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh KSKKM Cawangan Terengganu bagi seisi 2008/2010, pembubaran jawatankuasa KSKKM Cawangan Terengganu seisi 2008/2010 dan perlantikan jawatankuasa KSKKM Cawangan yang baru bagi seisi 2010/2012. Mesyuarat Agong ini telah dihadiri oleh Pengarah PKKM Cawangan Terengganu yang juga selaku penasihat bagi KSKKM Cawangan Terengganu, para pegawai dan anggota kerja cawangan Terengganu.

Agenda-agenda bagi Mesyuarat Agong KSKKM Cawangan Terengganu ini adalah:

1) Ucapan khas oleh Naib Pengerusi KSKKMCT

2) Perlantikan seorang pengerusi dan setiausaha sementara

3) Pembentangan dan pengesahan minit KSKKMCT seisi 2008/2010 oleh Setiausaha kelab

4) Pembentangan dan pengesahan laporan aktiviti KSKKMCT seisi 2008/2010 oleh Naib
Pengerusi kelab

5) Pembentangan dan pengesahan laporan kewangan KSKKMCT seisi 2008/2010 (tarikh berakhir 22 Jun 2010) oleh Bendahari kelab

6) Perbincangan mengenai perkara-perkara berbangkit

7) Pengisytiharan pembubaran jawatankuasa KSKKMCT seisi 2008/2010

Jawatankuasa KSKKM Cawangan Terengganu seisi 2008/2010:

Pengerusi:
En. Yunus B. Seman (telah dikosongkan kerana telah ditukarkan ke Ibupejabat)

Naib Pengerusi:
Cik Saihazra Izreen Bt. Hamzah

Setiausaha:
En. Nik Azreen B. Nik Alui

Bendahari:
Pn. Zarahimi Bt. Ismail

Biro Sukan:
En. Shaifuldin B. Muda

Biro Kebajikan:
Pn. Sharifah Zulaina Bt. Tuan Padang

Biro Ekonomi:
En. Mazlisham Bt. Mazlan

Biro Agama/Kerohanian:
En. Mohd Rafi B. Abdullah @ Abd. Rasyid


8) Perlantikan jawatankuasa baru KSKKMCT bagi seisi 2010/2012:

Pengerusi:
Mohd. Suhaimi B. Zakaria

Naib Pengerusi:
Md. Azrul B. Hussein

Setiausaha:
Muzaffar B. Musa

Bendahari:
Siti Fadzleza Bt. Zakaria

Biro Ekonomi:
Mohd. Nizam B.Ismail

Biro Publisiti:
En. Mazlisham Bt. Mazlan

Biro Kebajikan:
Noraini Bt. Dol

Biro Sukan:
Mohd. Shaufik B. Omar

Biro Agama/Kerohanian:
En. Mohd Rafi B. Abdullah @ Abd. Rasyid (dilantik semula)

9) Ucapan khas oleh Pengerusi kelab yang baru

10) Perbicangan mengenai usul-usul baru

11) Ucapan penangguhan oleh Pengerusi kelab yang baru

Mesyuarat telah dimulakan dengan ucapan khas oleh Naib Pengerusi kelab, Cik Saihazra Izreen pada jam 2.40 petang. Kemudian mesyuarat diteruskan dengan melantik seorang Pengerusi sementara untuk mengendalikan mesyuarat dan seorang setiausaha sementara untuk mencatatkan minit mesyuarat. Setelah minit dan laporan-laporan dibentangkan oleh ahli jawatankuasa, mesyuarat telah membincangkan mengenai perkara dan isu-sisu berbangkit.

Agenda diteruskan dengan seisi pembubaran jawatankuasa kelab yang lama. Ini disusuli dengan perlantikan bagi jawatankuasa baru KSKKM cawangan Terengganu. Ahli-ahli baru jawatankuasa ini telah dipilih melalui pengundian oleh warga kraftangan yang hadir. Berdasarkan undian yang telah dijalankan, En. Mohd Suhaimi Zakaria telah dilantik sebagai Pengerusi baru KSKKM Cawangan Terengganu dan Naib Pengerusi pula ialah En. Md. Azrul Hussein. Pengerusi yang baru, En. Mohd Suhaimi Zakaria telah memberikan ucapan khas beliau setelah perlantikan ahli jawatankuasa baru selesai dijalankan. Pada jam 4.00 petang, beliau telah menangguhkan mesyuarat ke suatu tarikh yang akan diumumkan kelak.




Majlis Perpisahan Cik Saihazra Izreen Bt Hamzah




Tarikh : 22 Jun 2010 (Selasa)
Masa : 4.15 petang
Tempat : Dewan Blok D, PKKM Cawangan Terengganu

PKKM Cawangan Terengganu telah mengadakan majlis bagi meraikan perpisahan Cik Saihazra Izreen Bt Hamzah. Beliau telah ditukarkan ke PKKM Cawangan Johor berkuatkuasa mulai 24 Jun 2010 oleh kerana dilantik ke jawatan B41 melalui lantikan baru. Beliau telah mula berkhidmat di cawangan Terengganu hampir 4 tahun iaitu mulai 17 Julai 2006.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan oleh Pengarah cawangan dan diikuti oleh ucapan daripada Cik Saihazra dan wakil kakitangan cawangan. Majlis diakhiri dengan seisi penyampaian cenderahati daripada wakil anggota dan pegawai kepada Cik Saihazra.


Khamis, 3 Jun 2010

Taklimat Latihan Jangka Pendek (LJP) Tembaga, Anyaman dan Tenunan





Selasa, 1 Jun 2010 - Taklimat kepada peserta Latihan Jangka Pendek (LJP) untuk bidang tembaga, anyaman dan tenunan telah diadakan pada jam 9.30 hingga 11.00 pagi di PKKM Cawangan Terengganu. Taklimat yang diadakan ini adalah bagi memberikan penerangan kepada peserta-peserta LJP ini mengenai program yang akan dijalankan dan menandakan bermulanya program tersebut.

Seramai 28 pelatih telah dipilih untuk mengikuti program LJP kali ini. 12 orang pelatih bagi tenunan, 2 orang bagi anyaman dan 4 orang bagi tembaga. Manakala untuk LJP batik pula, program ini akan dimulakan pada hari Isnin, 7 Jun 2010 bertempat di Kompleks Noor Arfa. Seisi taklimat akan diadakan di sana bersama dengan seisi penyerahan peserta.

Aktiviti Mewarna Lukisan Batik 1 Malaysia








Selasa, 1 Jun 2010 -Aktiviti mewarna lukisan batik 1 Malaysia telah diadakan oleh Unit Pemuliharaan Kraf PKKM Cawangan Terengganu. Aktiviti ini telah diadakan pada jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Aktiviti mewarna ini telah disertai oleh seramai 30 orang pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsaan Atas Tol. Aktiviti ini telah dikendalikan oleh Puan Khatijah Hamzah dan Puan Zarahimi Ismail serta dibantu oleh En. Zakaria Ismail, pengusaha batik blok Terengganu.

Perjumpaan Pengarah Cawangan Bersama Usahawan-Usahawan Tembaga




Tarikh : 2 Jun 2010
Masa : 10.30 pagi - 12.00 tengahari

Pegawai dan anggota terlibat : 1) En. Zahir B Ahmad (pengerusi)
2) En. Md Azrul Hussein (pembangunan)
3) Cik Saihazra Izreen Hamzah (rekaan)
4) En. Mazlisham Mazlan (P.U)
5) En. Mohd Rafi Abdullah (P.U)
6) En. Aziz Musa (P.U)
7) Hj Rahim Champelus (Teknikal)

Usahawan : 1) En. Wan Mahadi (Wanisma Craft Trading)
2) En. Sarman Salleh
3) En. Syahrol (Tembaga de Craft)
4) En. Saiful (D'Zainer)
5) En. Razali
6) En. Wan Ibrahim
7) En. Salleh Mohd
8) En. Abd Aziz
9) En. Abd Rashid
10) En. Omar Muhammad
11) En. Amin
Agenda :

- Penerangan kepada usahawan tembaga mengenai pembekalan bahan mentah
- Konsep dan sistem Kraftangan Malaysia
- Perbincangan mengenai pengeluaran produk tembaga bagi Pameran-pameran bertema seperti
Promosi Kerja Kahwin dan lain-lain
- Perbincangan dengan wakil unit rekaan bagi penghasilan prototaip dan unit P.U bagi Orientasi Pengeluaran dan Bimbingan Teknikal
- Perbincangan mengenai:
  • Harga produk tembaga
  • Sasaran pasaran golongan pembeli
  • Campuran bahan produk (pihak Kraftangan mengenalpasti dan membuat keputusan dari segi campuran bahan produk prototaip sama ada tembaga kuning atau tembaga putih. Tembaga putih adalah merupakan identiti produk tembaga Terengganu.)
  • Pembekalan bahan mentah lain (telah mengenalpasti pembekal lain di Terengganu iaitu di Gong Badak) serta bagi mendapatkan kerjasama Kraftangan dengan kerajaan Negeri.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...