Ahad, 23 Mei 2010

Hari Keluarga Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu 2010




















MARANG, 21 Mei 2010 – Hari Keluarga Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu telah diadakan dengan jayanya di Angullia Beach Resort, Marang. Hari Keluarga ini telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu. Seisi pendaftaran telah bermula pada jam 3.00 petang. Acara yang julung-julung kali diadakan ini telah dimulakan pada jam 3.30 petang.

Hari Keluarga Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu ini telah dihadiri oleh seramai 127 orang kesemuanya. Ini adalah terdiri daripada 41 orang kakitangan dan pegawai kraftangan, yang membawa bersama pasangan dan anak-anak mereka. Ia turut diserikan lagi dengan kehadiran inkubator-inkubator kraf beserta keluarga masing-masing.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi memeriahkan sambutan Hari Keluarga kali ini. Acara-acara yang telah diadakan adalah seperti:

Kanak-kanak

1) Pertandingan mewarna Kategori 1 (8-12 tahun)

2) Pertandingan mewarna Kategori 2 (5-7 tahun)

3) Bawa Bola dalam sudu (3-5 tahun)

4) Musical Chair (8-12 tahun)

5) Acara tiup belon (7-12 tahun)

6) Cari gula-gula dalam tepung (5-7 tahun)

7) Cari pasangan selipar (3-6 tahun)

Dewasa

1) Ikat kaki berpasangan

2) Musical Chair (lelaki & wanita)

3) Bola sepak pantai (lelaki)

4) Membina istana pasir (berkumpulan)

5) Win, lose or draw (kumpulan)

6) Pertandingan memancing

Pada sebelah malam pula, jamuan makan malam serta BBQ telah diadakan. Malam ini juga telah dihiburkan dengan nyanyian karaoke oleh para kakitangan Kraftangan Malaysia dan diselangi dengan acara cabutan bertuah. Hadiah bagi pemenang-pemenang acara sukaneka dan pertandingan-pertandingan yang diadakan telah disampaikan oleh para pegawai dan pengarah Kraftangan Cawangan Terengganu. Sambutan Hari Keluarga Kraftangan Cawangan Terengganu ini telah diakhiri pada jam 12 tengah malam.

Gambar-gambar aktiviti Pemantauan oleh BSK

Gambar-gambar aktiviti pemantauan prestasi program pembangunan yang telah diajalankan oleh Bahagian Strategi Korporat Ibu Pejabat pada 11 Mei 2010. Seisi pemantauan ini dianggotai oleh Pengarah Bahagian Strategi Korporat Puan Hajah Zuraida Binti Mokhtar, Ketua Penolong Pengarah, Puan Ainu Sham Binti Haji Ramli dan Cik Noraini Binti Othman.

Rabu, 19 Mei 2010

Program Sepakat Bestari 2010






Program Sepakat Bestari – Karnival 1 Malaysia Seni Budaya Terengganu Komuniti Bestari Daerah Kuala Terengganu adalah satu program anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Cawangan Terengganu yang telah diadakan pada 7 & 8 Mei 2010 bertempat di Padang Bola Kg. Atas Tol, Kuala Terengganu dan melibatkan semua jabatan / agensi di bawah KPKK. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Bin Said. Turut hadir bersama sempena perasmian tersebut adalah Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Dato’ Haji Abdullah Morad dan juga Pengarah- Pengarah jabatan dan agensi Negeri Terengganu di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan. Pelbagai pameran, jualan, demonstrasi dan acara-acara kebudayaan telah diadakan pada program dua hari tersebut. PKKM Cawangan Terengganu juga turut sama menyertai program ini di mana beberapa pengisian aktiviti telah diadakan seperti jualan yang melibatkan 3 usahawan kraf (batik, anyaman mengkuang & aneka kraf dari kraf kertas), demonstrasi mencanting batik, pameran produk kraf tradisional Negeri Terengganu dan juga kaunter pendaftaran untuk pendaftaran usahawan kraf baru & pendaftaran peserta kursus Latihan Jangka Pendek (LJP) untuk 4 bidang kraf yang dijangka bermula pada Jun 2010 di PKKM Cawangan Terengganu.

Pemantauan Pembangunan Oleh BSK & Mesyuarat Pengarah-Pengarah


















Pada 11 Mei 2010, Bahagian Strategi Korporat Ibu Pejabat telah hadir ke PKKM Cawangan Terengganu untuk menjalankan satu sesi pemantauan prestasi program pembangunan. Pemantauan ini adalah untuk melihat prestasi program pembangunan PKKM Cawangan Terengganu bermula Januari hingga April 2010. Seisi pemantauan ini dihadiri oleh Pengarah Bahagian Strategi Korporat Puan Hajah Zuraida Binti Mokhtar, Ketua Penolong Pengarah Puan Ainu Sham Binti Haji Ramli dan Cik Noraini Binti Othman. Pemantauan ini hanya melibatkan aktiviti-aktiviti pembangunan sahaja dan ianya melibatkan unit-unit PKKM Cawangan Terengganu iaitu Unit Usahawan, Unit Rekaan, Unit Pembangunan Teknikal & Standard, Unit Promosi Pemasaran & Promosi Domestik dan Unit Pemuliharaan Kraf. Sesi pemantauan ini bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 3.30 petang.

Pada hari berikutnya 12 Mei 2010, Mesyuarat Pengarah-Pengarah bersama Ketua Pengarah telah diadakan di Dewan Blok G, PKKM Cawangan Terengganu yang membincangkan mengenai program pembangunan dan turut memantau prestasi program pembangunan PKKM Cawangan Terengganu. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Ketua Pengarah Encik Mohd Kamil Bin Mohd Ali dan dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Tuan Haji Shahrudin Bin Mohd Nor, Pengarah PKKM Cawangan Terengganu Encik Zahir Bin Ahmad, Pengarah Bahagian Strategi Korporat Puan Hajah Zuraida Binti Mokhtar, Pengarah Bahagian Pasaran & Promosi Encik Ibrahim Bin Ismail, Pengarah Bahagian Usahawan Tuan Haji Mohd Mokhtar Bin Lop Ahmad, Pengarah Bahagian Penyelidikan & Pembangunan En. Yusak Bin Hj. Mahamud dan pegawai dari Bahagian Strategi Korporat Mohammad Nasser Bin Baharin. Mesyuarat ini telah bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari.


Selasa, 18 Mei 2010

Bengkel Pengaduan Awam 2010






Pada 28 April 2010, PKKM Cawangan Terengganu telah dipilih sebagai lokasi untuk mengadakan satu hari bengkel Pengurusan Pengaduan Awam 2010 Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia peringkat Zon Timur. Bahagian Komunikasi Korporat Ibu Pejabat adalah bahagian yang bertanggungjawab membuat penyelarasan dan wakilnya yang hadir ke PKKM Cawangan Terengganu adalah Encik Abdul Manan Bin Ismail. Bengkel ini telah dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang dijemput khas dari Biro Pengaduan Awam Negeri Terengganu iaitu Pengarah Puan Wee Lip Ping dan seorang pegawainya. Antara pengisian dalam bengkel ini adalah taklimat dan penerangan mengenai peranan Biro Pengaduan Awam, sistem aduan awam dan akhir sekali adalah aktiviti gerak kerja berkumpulan. Para peserta yang terlibat adalah terdiri daripada 11 anggota kerja PKKM Cawangan Terengganu, 2 anggota kerja dari PKKM Cawangan Pahang, 2 anggota kerja dari PKKM Cawangan Kelantan dan 2 anggota kerja dari PKKM Cawangan Johor. Bengkel ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir jam 5.00 petang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...