Ahad, 23 Mei 2010

Hari Keluarga Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu 2010




















MARANG, 21 Mei 2010 – Hari Keluarga Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu telah diadakan dengan jayanya di Angullia Beach Resort, Marang. Hari Keluarga ini telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu. Seisi pendaftaran telah bermula pada jam 3.00 petang. Acara yang julung-julung kali diadakan ini telah dimulakan pada jam 3.30 petang.

Hari Keluarga Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu ini telah dihadiri oleh seramai 127 orang kesemuanya. Ini adalah terdiri daripada 41 orang kakitangan dan pegawai kraftangan, yang membawa bersama pasangan dan anak-anak mereka. Ia turut diserikan lagi dengan kehadiran inkubator-inkubator kraf beserta keluarga masing-masing.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi memeriahkan sambutan Hari Keluarga kali ini. Acara-acara yang telah diadakan adalah seperti:

Kanak-kanak

1) Pertandingan mewarna Kategori 1 (8-12 tahun)

2) Pertandingan mewarna Kategori 2 (5-7 tahun)

3) Bawa Bola dalam sudu (3-5 tahun)

4) Musical Chair (8-12 tahun)

5) Acara tiup belon (7-12 tahun)

6) Cari gula-gula dalam tepung (5-7 tahun)

7) Cari pasangan selipar (3-6 tahun)

Dewasa

1) Ikat kaki berpasangan

2) Musical Chair (lelaki & wanita)

3) Bola sepak pantai (lelaki)

4) Membina istana pasir (berkumpulan)

5) Win, lose or draw (kumpulan)

6) Pertandingan memancing

Pada sebelah malam pula, jamuan makan malam serta BBQ telah diadakan. Malam ini juga telah dihiburkan dengan nyanyian karaoke oleh para kakitangan Kraftangan Malaysia dan diselangi dengan acara cabutan bertuah. Hadiah bagi pemenang-pemenang acara sukaneka dan pertandingan-pertandingan yang diadakan telah disampaikan oleh para pegawai dan pengarah Kraftangan Cawangan Terengganu. Sambutan Hari Keluarga Kraftangan Cawangan Terengganu ini telah diakhiri pada jam 12 tengah malam.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...