Rabu, 20 April 2016

Majlis Penyampaian Sijil Pematuhan Standard MS1747-1:2007 Songket Malaysia di PKKM Cawangan Terengganu

0 comments
Tarikh  : 18.04.2016 (Isnin)
Masa    : 12.00 tengahari - 2.00 petang
Tempat : Dewan Blok G, PKKM Cawangan Terengganu

Penerima Sijil: 26 orang usahawan songket Negeri Terengganu

  1. Puan Zainab @ Ngah Binti Mamat – Terengganu Songket
  2. Puan Habibah Binti Haji Zikri – Habibah Enterprise Sdn. Bhd.
  3. Encik Wan Manang Bin Wan Awang – Manang Songket Sdn. Bhd.
  4. Puan Hafsah Binti Teh – Hafsah Songket & Collection
  5. Puan Fatimah Binti Besar – Fatimah Songket
  6. Puan Zaidah Binti Ismail – Zaidah Songket
  7. Puan Wan Hasnah Binti Wan Endut – Sri Gamelan Songket
  8. Puan Fadhilah Binti Muda – Fadhizan Store
  9. Puan Norizai Binti Ismail – Norizai Songket
  10. Encik Hafsin Bin Abd Aziz – Hafsin Songket
  11. Puan Zaharah Binti Ibrahim – Gedung Tenun Warisan
  12. Puan Sakiah Binti Mohd – Dah Harun Songket
  13. Puan Siti Norain Binti Zakaria – Ainyie Songket
  14. Puan Siti Meriam Binti Mamat
  15. Puan Maznita Binti Md Din – BJ Songket
  16. Puan Sharifah Azilah Binti Sayed Abdullah – KT Songket
  17. Puan Fatimah Binti Ahmad
  18. Puan Nurkhairunnisa Binti Marzuki
  19. Puan Latifah Binti Endut – Ifah Songket Collection
  20. Puan Maznah Binti Mat
  21. Tuan Haji Kamarudin Bin Abdul Rahman – KMZ Batik & Songket
  22. Puan Zabidah Binti Nordin – Zaa Songket
  23. Puan Juliana Binti Arifin
  24. Puan Atikah Binti Mat
  25. Puan Fatimah Binti Mamat
  26. Tuan Sharifah Mayuni Binti Tuan Putra










Lawatan Yang Berbahagia Puan HajahZuraida binti Mokhtar, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia ke premis usahawan kraf Terengganu

0 comments
Tarikh:17.04.2016 (Ahad)

Lokasi:


1) 10.00 pagi Lawatan ke Desa Murni Batik Kg. Pulau RusaK.Terengganu




2) 11.30 pagi Lawatan ke Wan Manang Songket  Durian BurungK.Terengganu





3) 2.30 petang Lawatan ke Terengganu Songket  Kg. Bukit DepuK.Terengganu



4) 3.30 petang Lawatan ke Bibah Songket  Kg. Rhu Rendang, Marang

















Rabu, 24 Februari 2016

HARI KRAF KEBANGSAAN 2016

0 comments





ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR

Isnin, 20 April 2015

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2015 DI MESRA MALL, KEMASIK, KEMAMAN

2 comments
Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu akan menganjurkan Promosi Kraf Malaysia 2015 di Pusat Membeli – Belah Mesra Mall, Kemasik, Kemaman, Terengganu bermula pada 30 April hingga 9 Mei 2015 selama 10 hari. Acara promosi ini dibuka kepada orang ramai dan para pengunjung Pusat Membeli-Belah Mesra Mall mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam yang akan berlangsung di Centre Court, North dan South Wing Mesra Mall.

Majlis sidang media akan diadakan pada 5 Mei 2015 (Selasa) bermula jam 12.00 tengahari dan akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Haji Wan Abdul Hakim Bin Wan Mokhtar, Timbalan Exco Pelancongan & Kebudayaan Negeri Terengganu. Majlis ini akan dihadiri oleh Encik Mohd Latif Bin Dirun, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu dan tetamu – tetamu undangan dari Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia Negeri Terengganu dan Kerajaan Negeri Terengganu.

Penganjuran program ini bertujuan mempromosikan produk kraf tempatan bagi memenuhi pasaran domestik. Malah kunjungan pelancong dari luar negara turut berpeluang melihat keunikan dan keindahan produk kraf tempatan yang dianjurkan di lokasi pusat membeli - belah tumpuan ramai ini. Promosi seperti ini juga memberikan peluang kerjaya kepada usahawan-usahawan muda, selain mampu menjana pendapatan yang lumayan.

Aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sepanjang Promosi Kraf Malaysia 2015 – Terengganu adalah seperti JUALAN KRAF oleh 60 usahawan daripada bidang tekstil, seramik, logam, hasil rimba dan aneka kraf serta DEMONSTRASI KRAF Sempoton dan Sape, masing – masing dari Negeri Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu juga, Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu akan mengadakan PAMERAN dan JUALAN PRODUK KRAF TERBARU 2015  dari pelbagai bidang kraf serta akan mengetengahkan produk BATIK REKACORAK KONTEMPORARI menggunakan TEKNIK BLOK dan DISCAJ sempena promosi ini. Produk Batik Blok Discaj ini adalah dibuat oleh usahawan – usahawan dari Negeri Terengganu yang akan menampilkan rekacorak – rekacorak baru yang menarik, sesuai untuk menarik perhatian semua golongan termasuk golongan muda.


Banner Hebahan 


Bunting

Ahad, 5 April 2015

Rabu, 10 September 2014

PROMOSI KRAF MALAYSIA CHUKAI, KEMAMAN 2014 TELAHPUN SELESAI DAN DILANGSUNGKAN DENGAN JAYANYA

1 comments
Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu telahpun selesai berjaya menganjurkan Promosi Kraf Malaysia One Ganu 2014 sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-57, bermula pada 21 - 30 Ogos 2014 (10 hari) mulai jam 10.30 pagi - 10.30 malam bertempat di Tapak Karnival Jalan Padang, Bandar Chukai Kemaman Terengganu.

Promosi ini diadakan dengan tujuan mempromosikan produk kraf tempatan bagi memenuhi pasaran domestik di lokasi tumpuan ramai. Promosi ini juga merupakan usaha mengetengahkan produk kraf kebanggaan negara sempena meraikan Hari Kemerdekaan negara yang ke-57.

Aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang promosi ini adalah seperti JUALAN oleh 83 usahawan daripada bidang kraf tekstil, seramik, logam, hasil rimba,  dan aneka kraf, DEMONSTRASI KRAF oleh 8 juru demo, DEMONSTRASI MASAKAN kuih tradisional oleh 3 juru demo, PENDIDIKAN KRAF yang melibatkan para pelajar sekolah serta orang ramai serta PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN yang menampilkan identiti dan budaya Negeri Terengganu. Terdapat juga gerai jualan makanan dan minuman yang dibuka untuk orang ramai menjamu selera sambil membeli – belah.

Majlis Sidang Media Sempena Promosi Kraf Malaysia One Ganu 2014 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu pada 25 Ogos 2014 (Isnin), jam 12.00 tengahari. Majlis ini dihadiri oleh Encik Mohd Latiff bin Dirun, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu, pegawai – pegawai dari Kementerian Pelancongan & Kebudayaan (MOTAC) Negeri Terengganu, wakil – wakil jabatan dan agensi dari Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta tetamu – tetamu jemputan dari pihak NGO

TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PEGAWAI SERTA ANGGOTA KERJA YANG BERTUNGKUS-LUMUS MENJAYAKAN PROGRAM YANG DIANJURKAN. SEGALA PELAT LELAH ANDA AMAT DIHARGAI OLEH PENGURUSAN PKKM TERENGGANU. -mni